RESEPI: KEBAB TIKKA AYAM.
Tikka ini kalau dibakar dengan pembakar satay memang sedap..tapi kali ini kita bakar dalam oven saja..untuk testing..kalau sedap boleh buat untuk jamuan Hari Raya nanti bersama dengan satay..
Bahan-bahan:
500gm isi daging ayam dipotong kiub 1cm.
1 biji lada benggala merah / Red Bell Pepper besar dipotong empat segi 2cm.
1 biji lada benggala hijau / Green Bell Pepper besar dipotong empat segi 2cm.
2 biji bawang labu besar dipotong empat dan kupas kelopaknya.
2 biji karot sederhana besar dipotong bulat.
1/2 kg bunga kobis dipotong dalam ukuran 2cm.k cucuk daging. Tentukan kayu lidi - 15 batang kayu lidi satay untuk dicucuk dan dibakar - rendam selama 2 jam sekurang-kurangnya.
Bahan-bahan untuk Pes Tikka:
- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- 2-3 tangkai daun ketumbar di cincang halus.
- 1 cawan Yogurt asli tanpa perisa. Nestle Yogurt Asli sesuai digunakan.
- 2 sudu besar serbuk cili..kalau tak nak pedas kurangkan kepada 1 sudu besar.
- 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar / corriander.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 dan 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa anda..mula dengan 1 sudu kecil.
- 1/2 sudu kecil perisa makanan Aji.
- 2 sudu besar Minyak masak.
Jadikan pes pekat..1/2 daripadanya lumurkan dengan isi ayam dan peram sekurang-kurang dalam 2 jam, hasil yang terbaik ialah peram semalaman. 1/2 lagi pes curahkan keatas isi ayam selepas telah dicucuk dengan lidi dan sedia untuk bakar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Selepas isi ayam yang telah diperam dengan pes tikka, cucuk dengan kayu lidi yang telah rendam bermula dengan karot (terbawah sekali), diikuti dengan kelopak bawang, isi ayam, hirisan lada benggala (merah), diikuti dengan hirisan lada benggala hijau. Tentukan lada benggala ini diinginkan di peti sejuk selama 4 jam. Ulang sampai ke hujung lidi..Di penghujung lidi masukkan hirisan karot untuk penghadang.
2. Ada juga digoreng dulu dgn minyak sedikit baru masukkan dalam oven supaya hasilnya elok..tapi mamak haji terus masukan dlm grill mesh oven dan terus bakar je..sebelum bakar tuangkan 1/2 lagi pes tikkan yang disimpan..supaya ia bersalut baik.
3. Panaskan oven sebelum masukkan dalam suhu 200 C dan bakar selama 40 min. Selpas 40 minit terbalikan tikka telah bakar dan bakar kembali dalam suhu 230C selama 25-30 minit lagi. Tika anda telah siap. Makan bersama sambal pudina.
No comments:
Post a Comment