Sunday, June 29, 2014

Pulut Hitam Cerahkan wajah

Memang banyak produk pemutihan kulit yang terdapat di pasaran. Namun sejauh mana  tahap selamat dan sihat penggunaan produk pemutihan kulit tersebut?

Buat pembaca setia Mingguan Wanita, apa kata beralih kepada penggunaan bahan-bahan asli yang lebih selamat dan berkesan. Lebih penting menjimatkan wang poket anda!

Bahan yang anda perlukan untuk membuat petua mencerahkan wajah ini adalah dengan menyediakan pulut hitam sahaja. Cara-caranya adalah seperti berikut.

Basuh Pulut Hitam sehingga benar-benar bersih. Kemudian, pulut tersebut harus direndamkan untuk waktu yang seketika. Pulut hitam yang telah direndam, akan ditumbuk lumat sebelum disapu serata pada kulit muka.biarkan selama 20 minit.

Cara ini berkesan bagi mendapatkan wajah yang cerah. Selamat Mencuba! 

No comments: