Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu
Pilihan 1: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Pilihan 2: Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak 2 kali sehari.
Pilihan 3: Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari. Anda juga perlu minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
No comments:
Post a Comment