Salah satu hidangan Melayu, Laksa Pulau Pinang, sedap kalau dapat makan pada musim panas. Otak udang, daun kesum dan bunga kantan merupakan bahan utama bagi sajian laksa ini. Ia menjadikan laksa lebih enak dan beraroma. Resepi sesuai untuk dimakan dua orang, jadi jika anda mahu makan beramai-ramai, boleh tambah sukatan mengikut selera anda.  
Bahan-bahannya:
200gm laksa | dicelur
350gm ikan kembung
200gm daun kesum
3 batang bunga kantan | dibelah
2 batang serai | diketuk
5 keping asam gelugur/keping
2 sudu makan otak udang
1 sudu makan cili kisar
1 liter air rebusan ikan
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
2 biji telur rebus       } dibelah dua
6 biji limau kasturi   }
1 biji timun | dipotong memanjang
Daun salad secukupnya | dihiris halus
2 biji bawang besar        }
10 biji cili padi                  } dihiris
1 tangkai daun kesum   }
Cara Membuatnya:
  • Rebus ikan kembung sehingga masak dan asingkan tulang daripada isi ikan.
  • Kisar isi ikan sehingga halus. Ketepikan.
  • Kemudian masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air rebusan ikan ke dalam periuk. Didihkan selama 20 minit dan kacau rata perlahan-lahan.
  • Seterusnya masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi. Perasakan dan didihkan lagi selama 10 minit.
  • Akhir sekali, apabila kuah laksa telahpun pekat, angkat dan hidangkan bersama laksa dan bahan hiasan yang lain. Sedia untuk dimakan.