Wednesday, February 26, 2014

Tips dari mamak haji untuk buat cheezy ball

1. Tentukan jenis kentang yang gunakan mengandungi lebih berkanji..kentang yang sesuai ialah jenis "Russet" atau kentang Amerika.
2. Untuk mengelakan kentang bila lenyek terlalu berair..jangan kupas kulit kentang semasa rebus. Jangan masukkan garam semasa ubi direbus. Garam akan memperlambatkan masa masak kentang dan kanji akan dikeluarkan oleh garam. Garam cuma digunakan untuk merendamkan hirisan kentang french fries yang telah dipotong supaya bila goreng ia tidak menjadi hitam kerana lebihan gula yang dihasilkan semasa goreng.
3. Jadikan doh untuk isi keju senipis yang boleh kerana bread-crumb akan hangus lebih cepat semasa goreng sebelum doh tepung masak sekiranya tebal.
4. Gunakan sedikit tepung jagung sekiranya cheezy ball anda pecah semasa goreng..sebenarnya kita tambah kanji.
5. Gunakan tepung beras di kedua belah tangan anda untuk mengelak doh melekit pada tangan anda semasa isi inti cheese dan jadikan bebola. tepung beras punyai daya penerapan air yang terbaik. Ia juga dapat garingkan sedikit permukaan luar bebola cheezy anda.

No comments: