Sarapan pagi untuk bekal ke sekolah anak bongsu ini..dia request "SOSEJ ROTI GORENG".. kalau ikut menu ini..sausage bread roll atau pun Bread Roulad. Siapa nak uli tepung roti..tak yah..cari roti Gardenia cukup.
Bahan-Bahan:
- 4 keping roti yang lembut, potong tepi.
- 4 btg sosej..grill atau goreng sikit . Masa grill itu bubuh sikit kicap cair maggi, secubit lada putih. Bagi aroma sikit.
- Telur sebiji..pukul kembang dgn secubit garam, lada hitam dan daun parsley - pakai kering pun boleh.
- Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Roti leperkan sikit dengan penggelek/roller.
2. Ingat kita buat sos cheese untuk cheesy ball, baki itu bubuh di kiri dan kanan sosej..peh berperisa cheese, Kalau tak ada bubuh cili sos pun boleh.
3. Celur dalam tepung goreng..Nanti dulu penghujung roti itu kena bubuh super glue..tak yah pakai lidi. Ingat buat popia goreng. Kita kena sediakan gam tepung. Caranya: ambil 2 sudu kecil tepung gandum..air 3 sudu kecil air...bancuh jadikan doh lembik. Sapu penghujung roti. Gam ini gerenti mcm gam gajah super glue.
4. Celup dalam telur tadi dan goreng ke kuning emas.Kalau ada bread crumb disalut lagi super.
5. Dah siap bekal untuk ke sekolah.
No comments:
Post a Comment