Monday, January 20, 2014

JUS TOMATO SEGAR. oleh mamak haji

RESEPI : JUS TOMATO SEGAR.
Bila mamak haji tulis mengenai kebaikan tomato untuk tubuh badan, ramai sahabat tanya macam mana nak diminum?. Betul juga... kena bagi resepi.
Bahan-Bahan diperlukan:
- 3 biji tomato yang masak, dibasuh dan dipotong empat.
- 2 batang celery dibersihkan dan dipotong 2-3 inci panjang.
- 1/2 batang timun agak sedang besar.
- 1/2 potong lemon di kopek kulit, kalau tak ada gunakan limau nipis pun boleh.
- 1 sudu kecil sos cili atau satu tangkai cili merah buang bijinya.
- 1 sudu besar Madu asli kalau ada. Kalau tak ada gunakan buah-buahan yang manis seperti apple merah, tembikai pelam atau lain-lain buah yang manis. Kemanisan ikut suka anda tapi jangan guna gula pasir yea. makanan kesihatan ini.
- Garam dan satu cubit lada hitam.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Kupas kulit timun kerana kita tak mahu warna hijau kulit merosakkan warna asal tomato.
2. Masukkan semua bahan di atas dalam pemerah buah (juicer) dengan turutan yang lembut dulu yang keras kemudian. Kalau tak juicer pakai blender saja tapi tapi jus nanti.
3. Mamak Haji suka tambahkan secubit thymine - alahai.. thymine itu mamak gelar, "jemuju" yang gunakan dalam muruku tu. Kalau ada daun origano kering tau segar dicincang boleh bubuh juga.
4. Jus tomato segar dan sedap diminum dalam keadaan dingin. Simpan dalam peti sejuk.

No comments: