RESEPI MEE UDANG PULAU PINANG:
Bahan-Bahan:
- 1 kg. Mee kuning.
- 1 1/2 kg. Ubi keledek oren atau 1kg ubi keledek + 1kg Ubu kentang. Dibuang kulit dan dilenyek.
- 1 kg. Udang besar atau 'A'. pisahkan kepala udang. Kepala udang telah diasingkan digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dan kepala udang tersebut sehingga halus. Tapis hasil pengisaran tersebut dan asingkan untuk menjadikan kuah mee udang.
- Bahan-Bahan untuk hiasan hidangan: 3 tangkai daun bawang dihiris halus, 3 biji cili hijau hiris halus,2 biji cili merah dihiris halus, 3 keping tauhu digoreng dan dihiris dadu, 4 biji telur rebus dibelah dua, 5 biji limau kasturi dibelah dua, sedikit bawang goreng.
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN:
- 8 biji bawang merah (kecil). Di kisar.
- 3 ulas bawang putih.Di Kisar.
- segengam (10-15 tangkai) cili kering, direbus dan di kisar (malas pakai cili giling 3 sudu besar). Ikut suka pedas anda.
- 1 in. halia. Dikisar.
- 2 sudu besar sos cili.
- 2 sudu besar sos tomato.
- 2 sudu besar Nam Prik Pao ( pes tomyam). Ingat lagi?. Mamak haji dah posting bagaimana cara menyediakan "Pes Tom Yam Nam Prik Pao" ini.
- minyak untuk menumis dan gula dan garam yang secukup rasa.
CARA-CARA PENYEDIAAN KUAHNYA;
1. Masukkan minyak masak dalam periok sedang. Apabila minyak mulai panas masukkan bawang putih, bawang merah, halia. Apabila naik bau harum masukan cili giling tunggu hingga miyak terbit.
2. Masukkan cili sauce dan tomato sauce dan juga pes tomyam. Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapis kedalam periok. 3. Masukan ubi keledek yang telah lenyek ke dalam periok. Kacau rata. Kepekatan kuah terpulang pada Ubi yang telah dilenyek. Sekiranya kuah nya pekat bolehlah ditambah air. Biar kuah mendidih.
3. Masukkan udang yan dibuang kepala (selamat untuk anak-anak makan), garam dan gula yang secukup. Jangan masak udang terlalu lama dalam 5-8 minit sudah memadai.
4. Kecilkan api. Kuah ini perlu sentiasa dalam keadaan panas untuk dihidangkan. Hidangkan dengan menuang kuah selepas hiaskanlah dengan bahan-bahan hiasan yang telah diberikan.
RESEPI MEE UDANG PULAU PINANG:
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1. Mee Kuning 1kg (untuk sepuluh pingan).
Penyediaan Mee:
Mee dihidangkan perlu direndam air panas untuk dimasak setengah dan apabila kuah yang panas di masuk mee ini akan masak secukup. Untuk keluarga kita kena lakukan demi menjaga kesihatan. Mee yang disediakan untuk dicelur dalam air yang panas tidak memerlukan kemahiran. Untuk penyediaan dirumah: Panaskan air dan sehingga mendidih. Tutup api dapur. Sebelum keluarkan mee dari bungkusan tepuk bungkusan mee ini dalam semua arah supaya mee ini tidak tergumpal. Keluarkan dari bungkusan dan menguraikan mee supaya gumpalan dileraikan. Masukkan kedalam air panas cuma 30 saat dengan serta merta keluarkan mee itu dengan menggunakkan penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk (paip). Ini bertujuan mee itu tidak akan masak lagi dalam suhu kepanasan sendiri. Keluarkan mee tersebut dari besin apabila suhu kepanasan mee telah kembali pada suhu berkeadaan biasa (jangan terlalu lama ia akan menyebabkan mee tersebut menyerap air dalam besin tadi akan kembang). Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang dimasak separuh masak tadi dalam keadaan asal dan juga tidak cepat kering kalau terbiar di atas meja. Wow! susah juga ya...tapi kita kalau cuba selalu ia akan menjadi mudah dan segala bahan kimia yang digunakan untuk pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga.
No comments:
Post a Comment