Sunday, December 15, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala

Pilihan 1:

Amalkan meminum 1 sudu teh 
- cuka nipah, atau
- cuka biasa, atau
- air asam jawa, atau
- air limau nipis

Pilihan 2: Ambil segenggam daun turi, 7 biji lada dan beberapa ulas bawang putih. Tumbuk kesemua bahan sehingga halus.Tambahkan 1 sudu besar cuka dan perapkannya seketika. Sapukan campuran tersebut di atas kening anda.

Pilihan 3: Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tersebut akan menyedut bisa pada kepala dan biarkan semalaman. Hirisan bawang akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Pilihan 4: Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut, sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Pilihan 5: Tumbuk 8 helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam dan lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Pilihan 6: Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam dan bungkus. Biarkan ia kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan.

Pilihan 7: Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Pilihan 8:
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tetapi jangan sampai terminum pula airnya.

Pilihan 9: Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang 1 kilo. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tersebut. Amalkan 2 hingga 3 hari dan anda akan berasa segar dan ringan kepala.

No comments: