Petua Untuk Kasih Sayang Yang Telah Hilang
Baca Surah Al An’Nam Ayat 122
Maksudnya: (Surah Al An’Nam Ayat 122)
“Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat.”
1. Solat Hajat - Minta dipermudahkan dan dimakbulkan. (Baca doa ini selepas solat hajat) - Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda
2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan ke seluruh badan.
3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman si dia. Mulakan selawat 3 kali, dan Al-Fatihah 7 kali. Dengan izinNya dapat diselamatkan rumah tangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah ...
No comments:
Post a Comment