Monday, December 16, 2013

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tiris atau Salasul Baul

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tiris atau Salasul Baul

a. Ada kes tertentu di mana orang lelaki menghadapi sejenis penyakit yang dinamakan ‘kencing tiris’ atau kencing tak lawas (‘salasul baul’). Lazimnya, ketika sujud dalam solat, air kencing akan didapati menitis, samada setitis sahaja dan mungkin ada juga yang mengalami lebih daripada itu.

b. Hal ini akan menimbulkan gangguan dan keresahan bagi lelaki yang menghidapinya, kerana rasa bersalah, rasa solat terganggu dan perlu membersihkan peralatan solat seperti kain solat, sejadah dan lain-lain untuk solat yang seterusnya.

c. Ada pun menurut ilmuan feqah (fuqaha), hukum solat seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sah, kerana air kencing itu tidak dapat dikawal, sesuai dengan firman Allah:

Maka, bertaqwalah kalian kepada Allah menurut kemampuan kalian. - At-Taghabun, 64: 16

Juga hadis Nabi s.a.w.: Sabda Rasulullah: “Apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian.” - Muttafaqun 'alaihi.

d. Akan tetapi, sekiranya ‘salasul baul’ ini benar-benar diyakini [bukan suatu sangkaan], maka anda hendaklah berwudhu setiap kali hendak menunaikan solat dan membersihkan pakaian anda. Apabila anda telah berwudhu, anda tidak perlu menghiraukan air kencing yang keluar antara wudhu dan solat anda. Inilah yang dijelaskan oleh Syaikh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim dalam kitab “Shahih Fiqih Sunnah”. Menurut beliau, perkara yang sama dilakukan bagi orang yang menghadapi masalah ‘salisul madzi’ (air madzi keluar terus menerus) dan wanita yang menghadapi masalah istihadhah.

e. Para ulamak fuqaha ada menyebutkan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut-urut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan).

f. Menurut Syaikh Ibnu Jibrin pula dalam “Fatawa Islamiyyah”, anda harus membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk setiap kali anda selesai membuang air kecil kerana perkara itu akan menghentikan keluar air kencing.

g. Kaedah-kaedah yang disarankan oleh ulamak fuqaha ini memang berkesan. Walaubagaimana pun masih ada sebilangan kes di mana, walaupun telah beristibrak, mengurut-urut dan lain-lain, namun, masih didapati air kencing menitis ketika solat. Caranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, beristibrak dan mengurut bahagian yang disebut tadi, lakukan kemutan pada otot-otot dubur, (umpama ketika hendak memutuskan najis ketika membuang air besar). Lakukan kemutan ini dengan kadar perlahan, dan makin lama makin kuat (kira-kira 30 saat atau lebih) dan akhirkan kemutan dengan satu kemutan yang kuat. Seterusnya, basuh bahagian yang perlu dibasuh, dan ambil wudhu dan solath.

h. Ketika membasuh anggota sulit, bacalah niat istinjak:

نويت ايستينجا' ا' مينال باولي للهتعال

No comments: