Wednesday, December 4, 2013

khasiat nenas

Khasiat Nanas

a. Nanas adalah penawar penyakit batu karang. Nanas mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan di bahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional Melayu. 

b. Nanas melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang.

c. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi. Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas. Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu.

d. Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan - Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.

e. Masalah Kecacingan - Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.

f. Demam - Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.

g. Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil - Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.

h. 5. Terseliuh - Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.

No comments: