Bahan-bahan:
2 ekor ketam
2 biji telur
1 biji bawang - dipotong membulat
1 sudu pes tomyam
3 sudu susu cair
1 sudu serbuk kari
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh sos soya

Cara membuat:
  • Satukan pes tomyam, susu cair dan serbuk kari. Kacau sebati.
  • Panaskan minyak dan goreng ketam hingga garing. Keluarkan sedikit minyak.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah disatukan. Dengan api perlahan, biarkan hingga masak.
  • Pecahkan telur, masukkan bahan perasa dan gaul sebati.
  • Matikan api dan masukkan bawang.