Resipi Puri dan Alu Gobi:Pencicah Puri-mamak haji
RESEPI MASAKAN MAMAK: PURI Salam, jangan terkejut dengan resepi, "PURI" atau "POORI" ini. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, "PURI" adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, "Purikka", yang bermaksud "mengisi". Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya. Apa yang mamak haji perhatikan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India dinegara ini, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang yang telah di'sandwich'kan dengan sambal kentang. Bahan-Bahan yang diperlukan: 2 cawan (cup) tepung gandum. 2 sudu besar (tbsp) minyak masak. 1/4 sudu kecil (tsp) garam. 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak). 1/2 sudu kecil (tsp) gula. Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh. CARA-CARA MEMBUAT DOH: 1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata. 2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati. 3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit. 4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda. 5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.
RESEPI ALU GOBI: PENCICAH PURI
Resepi puri tanpa "alu gobi" sebagai pencicah atau kentang sambal tak cukup syarat.
Bahan-Bahan:
Rebus 5-7 biji ubi kentang sederhana besar, rebus sehingga empuk. Buang air rebusan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Asingkan.
1 biji bawang besar dihiris halus.
2 biji cili hijau dihiris.
2 biji tomato dipotong dadu.
1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
2 sudu kecil (tsp) serbuk garam masala.
1 sudu kecil (tsp) garam.
3 sudu besar minyak masak.
1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun. Batang dan daun dihiris halus.
1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
1 cawan kacang campur (frozen) sejuk-beku. Direndam dalam air dan ditoskan.
CARA MASAK:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak panas masukan biji jintan putih dan bawang hiris. Bila warna bawang mula bertukar warna keperangan, masukkan batang ketumbar. Sekiranya anda tidak menyukai bau ketumbar boleh gunakan batang dan daun pokok daun sup.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata. Bila bau harummula dikeluarkan masukkan ubi kentang rebus dan sebatikan dengan perencah. Masukkan cili hijau an garam masala. Masukkan tomato dan gaul rata. Masak dalam 2-3 minit saja. Aloo Gobi anda sudah siap.
5. Tutup api dapur dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan. Jamu lah dengan puri bersama dengan aloo gobi anda. Sekiranya anda tidak menyukai hidangan asli ini anda boleh juga jamu puri anda dengan sambal tumis ikan bilis atau pun daging cincang. Bagi mamak haji ia lebih lazat dari menu vegetarian. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment