Tuesday, November 26, 2013

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN TEMENONG/KEMBONG: oleh mamak haji

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN TEMENONG/KEMBONG:

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembong dibersihkan, di garam sedikit dan berserbuk kunyit untuk digoreng 50% untuk keraskan sedikit isinya LUAR supaya tidak hancur sangat bila masak.

Bahan-Bahan Untuk Kisar*:
- 30 tangkai cili kering/dipotong melintang serong 45 darajah 10 mm/direbus dan dibuang bijinya sebelum dikisar.
- 5 ulas bawang putih.*
- 10 ulas bawang merah (kecil)*.
- 1 inci kunyit hidup*.
- 2 inci halia*.
- 1 1/2 belacan bakar*.
- 1 cekak ikan bilis*.

- 3 helai daun limau purut keluarkan urat tunjang daun.
- Asam jawa bersaiz buah lemon.
- 2 btg serai diketuk.
- 1 cawan daun kesum.
- 1 cawan kobis masin (mamak haji tukarkan pada nenas kerana kobis masin jeruk buatan orang kita sukar diperolehi).
- 3 kuntum bunga kantan dibelah dua.
- 3 sudu besar gula pasir (terpulang kepedasan yang diperlukan).
- Garam dan minyak untuk menumis.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak (biar minyak lebih sedikit dari kebiasaan) dan tumiskan bahan-bahan kisaran tadi sehingga naik minyak. Tambah gula untuk jadikan tumisan merah menyala hehehe!. Gula juga boleh mengawal kepedasan masakkan yang kita kehendaki. Kalau mengawal jumlah cili mungkin kemerahan kuah tidak menjadi seperti asam pedas tetapi jadi seperti warna kuah laksa.
2. Masukan perahan asam jawa dan juga air tambahan. Terpulang pada anda kelikatan kuah yang anda kehendaki dengan tambahan asam jawa dan juga air. Biarkan kuah anda mendidih.
3. Masukkan seari diketuk, daun limau purut, daun kesum, potong nenas dan juga bunga kantan kedalam kuah. Perlahankan api dan bawa kuah anda ke keadaan renehan.
3. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air. Masukkan ikan dan mereneh dalam 20-30 minit. Jangan kacau kuah anda bila telah masukkan Ikan supaya ikan tak mudah hancur.
4. Bila minyak mula terapung di atas permukaan keseluruhan kuah, matikan api dapur dan boleh lah hidangkan.
NOTA: Mamak Haji cuma mengolah sedikit resepi Putra Bugis Temasek iaitu tidak tumbuk daun limau purut bersama ikan bilis kerana..kerana cuma inginkan aroma daun limau purut dan bukan rasanya..tambahan ikan bilis dalam resepi ini ialah kita goreng ikan untuk mengekalkan bentuk dan isi ikan tidak hancur semasa masak maka rasa ikan tidak akan diperolehi, maka ikan bilis mengambil peranan untuk menjadi stok ikan/rasa ikan itu berada seperti asal. Idea masakan yang terbaik ini boleh juga diguna pakai bila buat sup ikan. Dalam masakan sup ikan pun kita perlu goreng ikan itu sebelum buat sup. Tambahan ikan bilis seperti ini akan tambahkan lagi kelazatan sup ikan kita.

No comments: