Sunday, September 8, 2013

status mamak haji

Tujuan kita ingin menceburkan dlm perniagaan mengikut Falsafah Perniagaan Islam berasakan Tauhid. Ia berkaitan dgn kesan tauhid dlm kehidupan seharian manusia. Kehidupan manusia mengikut tauhid ialah 1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Keturunan 5. Harta. Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan manusia yg ditentukan oleh Islam. Ia sgt berbeza dari falsafah perniagaan org barat yg bukan beragama Islam yg sering bertukar falsafah perniagaan mengikut selera masing-masing atau berdasarkan semata-mata keuntungan duniawi.

Islam mengajurkan harga barangan jualan yang adil. Peniaga haruslah menetapkan harga yg adil dan berpatutan terhadap sesuatu jualan utk pembeli. Harga yg ditawarkan haruslah mencerminkan interaksi nomal di antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yg diwujudkan dgn bertujuan monopoli sesuatu barang keperluan dgn nama persatuan-persatuan bergabung utk menaikan sesuatu harga jualan barangan tersebut kerana barangan seperti harga minnyak naik sikit.


Membentuk sesebuah negara yg hebat seperti masak kari yg terbaik. Kualiti kari yg terbaik terhasil dari rempah-rempah yg berkualiti dan tukang masak yg pandai adunkan rempah-rempah berkualiti ini. Rempah-rempah berkualiti umpama Menteri-menteri dlm kabinet dan Tukang masak yg cekap umpama Perdana menteri yg bijak mentadbirkan negara. Negara ini bukan kepunyaan Perdana Menteri atau Parti yg diwakilinya tetapi kepunyaan rakyat...

No comments: