Monday, September 9, 2013

Manfaat serai

6 Manfaat serai untuk kesihatan

By Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai 
 
 

– Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Memutihkan gigi Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

DetoksifikasiJika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugutUntuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Ajen pencegah kanser Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

No comments: