Monday, September 9, 2013

Barang Naik





Barang Naik - Fathul Bari diILMUkan Dr Maza
Tarikh : Sunday, September 08 @ 22:51:39 MYT
Topik : Berita

Harga_Barang_Fathul_Bari

Fathul Bari, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) sebelum ini menulis dan berhujah untuk menyokong kenaikkan harga yang dibuat oleh parti yang disertainya. Lalu dia menggunakan hadis Rasullullah melalui tulisannya yang disiarkan Sinar Harian, 

Harga barang ketetapan ALLAH
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” - Sahih. Abu Daud
Fathul Bari juga menulis, "Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia."

Gambaran dalam kepala Fathul Bari untuk memberi gambaran betul parti yang disertainya.

Kenyataan fathul Bari ini membuatkan Dr Asri Zainul Abidin tidak boleh diam untuk 'sekolahkan' Fathul Bari lalu dia menulis di FB

Dr_Maza

..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini... apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?! Rujuk tulisan Dr Maza dihttp://drmaza.com/home/?p=1427

Kalau Fathul Bari belum membacanya, bolehlah kita ajak sama beliau baca sama!!

Seronoklah kerajaan, barang naik, rumah naik dan semuanya naik dah sememangnya ketentuan Allah, peluklah tubuh selalu!!



Belajar ilmu agama tinggi tapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri.Takutlah kepada ALLAH.Dunia dah di akhir zaman..macam2 timbul.Jangan keliru masyarakat yang kurang ilmu agama nie..

No comments: