Sunday, May 4, 2014

Tips Memasak Kari Lebih Sedap

Kari yang sedap bergantung pada rempah karinya. Anda boleh sediakan sendiri rempah di rumah atau beli rempah basah daripada peniaga India di mana-mana pasar basah.

Anda juga boleh mencampurkan beberapa jenis rempah serbuk komersial yang ada di pasaran. Sebagai contoh, jenama A dan B. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yang enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit.

Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari, dan biji sawi, bawang merah dan putih yang dimayang halus. Manakala bawang merah, bawang putih dan halia untuk kari ayam atau daging hendaklah ditumbuk atau dikisar. Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.

Anda perlulah menumis sehingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian barulah masukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Apabila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biarkan rempah benar-benar garing (naik minyak). Apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya santannya tidak pecah atau menjadi ketulan halus. 

Selepas ini anda bolehlah menghidangkan resepi kari kepada keluarga anda dengan lebih enak dan terkesan!

Sumber:Majalah Mingguan Wanita

Nasi Goreng Minang

~ Nasi Goreng Minang ~
Resepi : Ash Rieda Wardah

Bahan~bahan :
4 cawan nasi
1 camt serbuk kunyit
15 biji cili halus (dipotong kecik )
1 labu bawang besar (blend)
11/2 camb lada hitam ( Blend kering )
sedikit bilis (blend tuk perencah)
kobis manis
1 batang carrot ( potong sering macam dalam pic )
sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa

Cara Masak:
Panaskan minyak..masukkan bawang yang telah diblend bersama dengan bilis..Kacau sampai hampir masak.Masukkan cili potong dan lada hitam yang telah diblend tadi.Masukkan garam dan serbuk perasa.. Masukkan nasi carrot dan kobis manis..Kacau sampai sebati..

Ayam Goreng
7 ketul peha atau sayap dan dipotong 2 (bersihkan
Bancuh tepung goreng segera Adabi dengan sedikit serbuk kunyit,lada sulah ,sebiji telur dan sedikit air kapur,..Jangan terlalu pekat..Goreng dalam minyak yang betul pijar..dah nampak tepung dah sebati garing kecikkan api da tunggu garing.. Selamat mencuba

Perniagaan *Lunch Box* oleh mamak Haji

Zaman pelangan mencari pengusaha penjual makanan kian hilang. Kini pengusaha restoren atau gerai makan perlu mencari pelangan. Kita bukak kedai makan soalan pertama kena tanya diri kita ialah, "kenapa pelangan perlu datang ke kedai kita, bukan ke kedai sebelah?". Apa yang istimewa ada pada kedai kita dan tak ada pada kedai orang lain?. Kalau ada jawapan itu anda selamat berniaga.
Perniagaan Lunch box ini bukan hanya bertumpu kepada memberi perkhidmatan makan tengah tetapi ia boleh memberi perkhidmatan membekal sarapan pagi, makan malam atau pun untuk makan tengah hari di seminar, mesyuarat di pejabat-pejabat perniagaan kecil dimana tidak mempunyai kemudahan tempat untuk menjamu-selera. Lunch Box juga menjadi pilihan utama untuk pekerja kilang yang tidak mempunyai kemudahan kantin atau tempat makan yang jauh dari tempat kerja. Potensi perniagaan Lunch Box adalah amat besar untuk diterokai.

CARA MULAKAN PERNIAGAAN 'BOX LUNCH'.
Box Lunch akan mengubah cara makan kita yang semakin sibuk dengan urusan harian. Masa untuk beratur panjang menikmati makan tengah hari di restoren nasi kandar atau menjamu selera makan tengah hari di kerusi empuk akan hilang di masa hadapan. Kesesakan tempat letak kereta, kesesakan jalan raya, tol, kenaikan harga minyak dan juga restoren yang penuh sesak dengan pelanggan yang perlu berebut tempat duduk akan membosankan pekerja-pekerja pejabat di bandar-bandar kosmopolitan atau bandar besar yang sibuk.

Kebanyakan pejabat-pejabat komersial yang kecil dan sederhana ini biasanya tidak di sediakan kemudahan kantin menyukarkan untuk makan tengah hari bagi pekerja pejabat-pejabat ini. Maka wujud lah perniagaan katering memberi perkhidmatan kepada pekerja-pekerja pejabat ini menjamu selera hidangan tengah hari di tempat kerja tanpa membazirkan waktu, tenaga dan juga kewangan mereka. Perkhidmatan "Lunch Box" ialah makan tengah hari yang dipilih secara induvidu dengan dipersembahkan dengan cara yang amat menawan dengan kotak yang istimewa.

Jangan salah anggapan "Lunch Box" bukanlah seperti nasi bungkus yang dibungkus di restoren atau warung. Itu namanya nasi bungkus. Masih ada juga peniaga yang nak untung banyak bungkus dengan kertas surat khabar lama yang kurang laku sekarang. Entah berapa ramai yang berpenyakit kulit pegang surat khabar yang dibungkus nasi itu. Orang Cina pun dah tak pakai surat khabar lama dah, pakai tisu, tisu yang depa pakai kesat itu, ada juga taukeh warung letak kat atas meja makan. Perniagaan Lunch Box boleh diperkembangkan dan punyai daya maju yang amat cemerlang di masa akan datang.

Hilangkan Lemak Dengan Mudah!

Idamkan badan yang ramping dan kurus? Tetapi kalau dilihat badan sekarang memang susah untuk diturunkan.

Ditambah lagi dengan keadaan perut yang semakin membuncit dan lemak di sini dan di sana, hanya tinggal mimpi sahaja untuk mendapatkan bentuk badan seperti ratu dunia!

Janganlah mudah berkata begini, apakata anda cuba dahulu petua ini. Lazimnya apabila anda mengamalkan sesuatu petua, biarpun prosesnya mengambil masa yang lama namun percayalah anda tidak akan menyesal.

Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut.


Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji air perahan limau nipia. Bancuh sehingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari sehingga berat badan anda turun.

Selain dari petua di atas, anda juga boleh menggunakan petua ini.

Ambil 2 sm kunyit hidup. Tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum seiring dengan tiga kali selawat, pada waktu pagi dan malam.

Perlu diingat bahawa anda juga harus menjaga pemakanan. Selamat Mencuba! 

Sumber: Mingguan Wanita!

Refreshing Strawberry Punch

Saturday, May 3, 2014

Taman Mini



                                    Pokok Prune di taman mini herba.Teruja nak lihat buahnya nanti.



"Importance of having Breakfast" MUST READ ~

"Importance of having Breakfast" MUST READ ~
Breakfast can help prevent strokes, heart attack and sudden death. Advice on not to skip breakfast!
The Importance of Having Breakfast!
Healthy living
For those who always skip breakfast, you should stop that habit now! You've heard many times that "Breakfast is the most important meal of the day." Now, recent research confirms that one of the worst practices you can develop may be avoiding breakfast.
Why?
Because the frequency of heart attack, sudden death, and stroke peaks between 6: 00a.m. and noon, with the highest incidence being between 8: 00a.m. and 10:00a.m.What mechanism within the body could account for this significant jump in sudden death in the early morning hours?
We may have an Answer.
Platelet, tiny elements in the blood that keep us from bleeding to Death if we get a cut, can clump together inside our arteries due to Cholesterol or laque buildup in the artery lining. It is in the morning hours that platelets become the most activated and tend to form these internal blood clots at the greatest frequency.
However, eating even a very light breakfast prevents the morning platelet activation that is associated with heart attacks and strokes. Studies performed at Memorial University in St.Johns, Newfoundland found that eating a light, very low-fat breakfast was critical in modifying the morning platelet activation. Subjects in the study consumed either low-fat or fat-free yogurt, orange juice, fruit, and a source of protein coming from yogurt or fat-free milk. So if you skip breakfast, it's important that you change this practice immediately in light of this research. Develop a simple plan to eat cereal, such as oatmeal or Bran Flakes, along with six ounces of grape juice or orange juice, and perhaps a piece of fruit. This simple plan will keep your platelets from sticking together, keep blood clots from forming, and perhaps head off a potential Heart Attack or stroke. So never ever skip breakfast

Petua Mengelakkan Tepung Berkutu

Kebiasaannya, jika tepung disimpan terlalu lama akan didatangi kutu.

Bagaimana hendak menghindarkan tepung dariapda didatangi serangga berkenaan?

Berdasarkan pengalaman orang dulu-dulu atau mengikut petua lama, pastikan tepung yang dibeli adalah baru dan bukan stok lama.

Kemudian tepung tersebut harus diayak dua kali dan simpan di dalam bekas bertutup yang benar-benar tidak masuk angin.

Untuk menyimpan di dalam jangka masa yang panjang, letak tepung di dalam peti sejuk, rak bawah atau memadailah disimpan di tempat yang kering dan jauh dariapda cahaya matahari sebagai contoh adalah kabinet dapur. 

Semoga dengan panduan ini dapat membantu anda untuk menyimpan tepung dengan lebih lama tanpa diganggu kutu. Selamat Mencuba!

Tazkirah hari ini(21):Ust Mohamad Zaid Robby Tandang@2014 04 30 (1)

Petua Untuk Menghindari Batu Karang Berulang

Petua Untuk Menghindari Batu Karang Berulang
1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.