Tuesday, August 19, 2014

Hilangkan Hanyir Ikan Pari

Ikan pari memang sedap dimasak terutama apabila dibuat asam pedas.

Namun lendir dan bau hanyir akan membuat selera terhenti. Walau bagaimanapun ada cara untuk menghilangkan bau dan lendir ini iaitu dengan meletakkan setengah cawan cuka dan gaulkan bersama ikan pari berkenaan.

Hasilnya bau dan lendir pada ikan pari akan hilang dan bolehlah dimasak seperti biasa. Cuka ini juga boleh menghilangkan ikan pari yang terlalu kuat bau hanyirnya.

Hilangkan hanyir ikan pari

Siri Taman Syurga 65:AAM; 17-8-14: "Bagaimana Mendapat Istiqamah Selepas Ramadhan?”

Monday, August 18, 2014

Coretan ustaz ebit lew(12)

Keluhan hati anak dara umur 12 tahun...
Anak ni jumpa saya selepas ceramah minta autograf buku. Comel adik tu. Dia baca doa permulaan yang saya selalu baca sebelum ceramah. Sedap betul suaranya..
Dia cakap, ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik saya jer..
Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang adik. Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya bercakap. Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah saya kena marah. Adik menangis saya kena marah...
Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri. Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv jer..saya buat semua salah dan asyik kena marah..
Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1. Ustaz doakan yer. Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang adik jer.
Mak ayah saya garang sangat.
Saya sedih sangat. Teringat anak sendiri. Macam tulah anak-anak ingat semua janji kita pada mereka. Lihat apa yang kita buat pada mereka. Kita lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka anak..erm...aduhai...sedihnya...apalah nak jadi mak ayah macam nie...kenapalah jadi macam ni mak ayah orang Islam..
Kita sayang cium anak masa baby...semakin besar kerana perkara lain kita lupa nak benar-benar sayang mereka..
Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa dan dengar anak-anak yang semakin membesar...
Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung, terbang, dengar cerita mereka. Cerita Nabi nabi pada mereka. Kenalkan Nabi dan sahabah.Cerita syurga dan neraka..banyakkan cerita rahmat dan kebaikan..
Berilah masa kerana ini semua amanah yang akan disoal nanti. Pelajaran paling besar ialah iman mengenal Allah dan Nabi saw. Pengajaran yang utama selepas itu ialah akhlak...kasih sayang..yang dia akan dapat lihat bagaimana kasih sayang yang kita praktikkan..
Ya Allah maafkan kami kerana tidak buat sebaiknya sebagai ayah dan ibu-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september upm...semua dijemput hadir

Sunday, August 17, 2014

Petua Untuk Melebatkan Rambut Lelaki

Petua Untuk Melebatkan Rambut Lelaki
Lumurkan 3 sudu minyak sapi ke seluruh kulit kepala anda. Bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan ia semalaman. Keesokan harinya, bilas rambut anda sehingga bersih. Amalkan petua ini 2 minggu sekali.

Khasiat Asam Jawa

Khasiat Asam Jawa
1. Menghilangkan parut pada wajah
Campurkan asam jawa dengan sedikit air sebelum disapu pada wajah.
atau
Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh
2. Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dengan asam jawa.Sapukan di muka dan di tempat jerawat.
3. Melembutkan kulit wajah yang kasar/Haluskan kulit wajah
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam.
4. Untuk menurunkan berat badan
Air asam jawa elok diminum setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh . Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam.
5. Demam panas/demam
Ambil segenggam asam jawa kemudian diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi
6. Sakit perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
7. Batuk/Perit tekak
Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. Kemudian ditapis, minum seperti biasa.

DYING UPON THE SHAHADA | AMAZING TRUE STORY | SHAYKH AHMED JIBRIL

Tazkirah hari ini 61:[LIVE][170814] Forum Khas "MLM Akhirat: Mulia Di Dunia, Kaya Di Sana" - ...

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang
Penyebab Sakit Pinggang
1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.
Nota: Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.
Pilihan 1:
a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudian, rebus campuran tersebut sampai mendidih.
c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dahulu. Selepas itu, baharulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.
Pilihan 2:
Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Homemade Velveeta Cheese

Homemade Velveeta Cheese
1 Tbsp water
1 1/2 tsp powdered unflavored gelatin
1/2 cup colby jack cheese, grated
1/2 cup sharp cheddar cheese, grated
1/2 cup swiss cheese, grated
1 Tbsp non-fat or whole dry milk powder
1/2 tsp salt
1/8 tsp cream of tartar
1/2 cup plus 2 tablespoons whole milk
Line a loaf pan with plastic wrap hanging over the edges of the pan. This is to ensure easy removal from the pan when cheese ready to use.
In a small bowl put 1 Tablespoon of water, sprinkle gelatin on top, let sit 5 minutes.
In food processor place grated cheese, dried milk, salt and cream of tartar. Pulse to mix about 5 or 6 times.
Bring milk to a boil over medium heat, whisking to prevent scorching. Remove form heat; add gelatin stirring until it dissolves.
With your food processor running add hot milk into cheese mixture. Blend until the mixture is combine and velvety smooth.
Immediately pour the cheese mixture into your prepared pan. Chill in a fridge for at least 3 hours or overnight
Wrap in foil and store in fridge.
Find out more by clicking on the link below.
http://www.howtoinstructions.us/category/food

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tidak Lawas

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tidak Lawas
Pilihan 1: Ambil madu lebah, limau oren, madu dan air panas. Perah limau dan ambil airnya. Campurkan dengan madu dan air panas. Minum apabila menghadapi masalah tersebut. Bawang merah pula hendaklah dipanaskan di atas api dan gosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Pilihan 2: Ambil air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari.