Monday, November 2, 2015

RESEPI SARDIN CHEF USTAZAH

SARDIN MALAM NI
Malam ni Ustazah buat HOMEMADE SARDINE. Bagus jugak Abam Maslan suruh makan sardin. Tapi Ustazah tak mahu beli Sardin Tin. Ada GST. Ni buat sendiri Sardin Cap Ayam Kampung. Hihihi. A sampai Z kita buat sendiri. Sebijik rasa macam SARDIN TIN tu, TAPI Ustazah punya lagi SEDAP. Sebab tak de pengawet. Guna ikan Fresh..From Periuk to Perut. Kikiki.
Bulan 12 tahun lepas Ustazah dah kongsi resepi itu. Bulan 8 yang lalu kita share sekali lagi resepi. Dah lebih 50 ribu yang view dan ramai sangat yang share resepi tu. Alhamdulillah. Tapi tak syok la SHARE saje. Bila nak masak tu? Buat sendiri la. Jimat dan bersih. Yang PENTING. Memang bahan-bahan HALAL 100%. Tak de Pengawet. Lagi Awet Muda macam Ustazah (hahaha..perasan)
Saya percaya ramai Peminat Sardin di sini kan? Jom angkat tangan..hihihi.
Makan sardin ni macam-macam cara. Ada yang buka tin terus makan begitu sahaja. Ada yang masak dengan menumis. Ada yang buat masak berkuah. Ada yang goreng dulu sardin ni. Ada yang tambah sos cili, tomato dan cili serta bawang.
Resepi baru ni ada kita edit tau dari SIRI 1 dan SIRI 2 ulangtayang. Kerana dah mencapai BOXOPIS..meletup..letup. Ustazah datangkan sekali lagi dengan VERSI BARU dan NAMA BARU. Tak de lagi nama RESEPI SARDIN CAP AYAM KG tu lagi.
Jom kita semak RESEPI SARDIN CHEF USTAZAH.
Pakat SHARE pada kawan-kawan. Dapat pahala Insya Allah.
Bahan-bahannya :
STEP 1
1 kg ikan sardin/ ikan selayang pun orang panggil. Buang kepala dan ekor. Perut pun kena buang..hihihi. Bersihkan.
Setengah labu bawang putih ditumbuk halus.
2 biji bawang bombay dipotong dadu.
2 biji tomato buah dipotong 4.
1 tin tomato puri
1/4 cawan sos tomato
1 cawan sos cili.
5-6 cili padi. (Tapi tak tumbuk) masuk terus begitu.
2 keping asam keping.
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula. Nak kurangkan pun boleh.
Setengah cawan minyak untuk menumis.
STEP 2 :
Saya guna periuk Noxxa. Gunakan kaedah STIR FRY.
Masukkan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan tomato dadu dan tomato puree. Masukkan semua bahan lain.
Tambah 6 tin air. Sukat guna tin tomato puree.
STEP 3 :
Tukarkan mode HP ( High Pressure). Tekan masa 60 minit. Tutup periuk dan laraskan tombol ke tulisan High Pressure.
Sambil-sambil tu bolehlah layan FB. Hihihi. Balas komen dan jawab pm.
Ok..ready 1 2 3. Wow! Amazing. Yang paling syok saya boleh gigit tulangnya. Lembut macam Sardin Cap Ayam Togel tu. Yiha..yiha.. Alhamdulillah.
Jimat duit laki kau Kak Senah dan kak Joyah oii bikin Sardin sendiri. Abang Rosam dan Abang Eron pasti tambah sayang.
Boleh makan dengan nasi atau buat sandwich roti sardin untuk bekal anak-anak ke sekolah.
Salam Sayang
Chef Ustazah.
Ratu Rempah Malaya.
NOTA : Nak beli periuk Magic. Whatsapp la ya 013-9802465.
Tak de periuk Noxxa. Guna lq periuk biasa dulu. Menabung sikit demi sedikit beli la Periuk Noxxa macam Ustazah. Berbaloi-baloi Ustazah guna sejak 2 tahun setengah dah.

No comments: