~Jangan berputus asa, kerana kita masih ada Tuhan~
Manusia yang mentauhidkan Allah akan menyedari keluasan rahmat Allah. Dia manusia berdosa, tetapi dia akan bersungguh-sungguh bertaubat kerana dia tahu keampunan Allah sedang menantinya. Tiada erti putus asa dalam kamus hidup seorang pentauhid.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah wahai hambaku yang telah melampau batas ke atas diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa. (Az-Zumar : 53).

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ .
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]

No comments:
Post a Comment