Bagi yang kurang menggemari makanan berminyak, pastinya menu bakar menjadi pilihan. Lari dari kebiasaan, Sayur Bakar disuntik dengan rasa yang lebih sedap dengan pencicah sos istimewanya. Bukan sahaja rasanya yang lazat malah, resipi masakan ini sama sekali tidak menggunakan serbuk perasa. Nikmatilah resipi bakar istimewa ini.
Bahan-bahan bakar:
1 biji terung
5 biji bendi
100 gm kangkung
100 gm cendawan
Bahan-bahan sos bubu:
200 gm cili boh
100 gm bawang besar }
30 gm bawang putih }
100 gm lengkuas } Dikisar
50 gm kunyit }
50 gm halia }
50 gm serai }
250 gm asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Cara Membuat:
- Bakar kesemua sayur-sayuran tadi sehingga masak. Asingkan.
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan cili boh dan masakkan bersama bahan-bahan tadi.
- Setelah agak masak, masukkan perahan asam jawa.
- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan juga gula.
- Hidangkan sayur-sayuran yang telah dibakar bersama sos bubu. Sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment