Sunday, September 28, 2014

Resipi Sarapan HASHBROWN: oleh mamak haji

Resipi Sarapan HASHBROWN:
Resipi ini paling mudah dan murah sekali..Respi kita buat sendiri ini, dengan kentang segar sedap..kalau nak beli bukan saja mahal tapi tentu tidak segar dan apa benda dia org masukkan pun kita tak tahu..
Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 4 biji kentang, dikopek kulit dan potong kecil dalam 1 cm dan rebus 3/4 masak..jangan terlalu masak pulak nanti jadi "mash potatoes" pulak dah. Kita nak dia berketul-ketul kecil. Bila dah masak toskan air biar dia kering sikit untuk garing.
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1 biji telur ayam dipukul.
- 1 sudu kecil butter atau majerin cap pelangi pun boleh.
- 1 ketul stok ayam. Maggi ok kerana dia kering dan senang untuk jadikan serbuk dan masin. Kalau ada serbuk gunakan dlm satu sudu besar.
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam.
- Minyak untuk goreng.
- 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Adunkan semua bahan itu dalam sebuah bekas. Adunkan. Lenyekan ubi kentang dengan sudu saja tak perlu gunakkan pelenyek kentang. Kita nak kasar sedikit kentang itu.
2. Adunan yang dah siap, masukkan dalam Freezer dalam 15 minit. Bila agak padat sikit, ambil dua helai plastik, sapukan sedikit minyak. Ratakan adunan kentang itu di antara dua helai plastik dengan roller canai. Tebal dia agak-agak dalam 3/4 inci.
3. Selepas diratakan alas atas pingan ke apa ke..biarkan dia didalam freezer sekurang-kurang dlm 2-3 jam. Biar dia beku keras supaya mudah kita potong.
4. Panaskan minyak dan goreng. Kena minyak panas kalau sejuk..hashbrown anda akan resap minyak. Tak perlu lembutkan yea. GORENG PERLU DUA KALI seperti kita goreng french fries..tahu kan?. Gorengan pertama dalam 2-3 minit dah cukup. Dua kali goreng baru hashbrown anda akan jadi garing. Goreng kali kedua tunggu hingga hashbrown anda terapung yea. Sudah pasti kena api dapur yang sederhana.
5. Biasanya sos guna campuran sos mustard dan mayonis..mamak haji tak ada mustard. Tapi guna cili sos dan mayomnis buat sos thousand island..hehehe. Selamat mencuba..ia mudah murah dan anak-anak akan suka sgt. Hidangkan dengan Isi ayamg goreng atau grill...grill atas kuali pun ok juga dgn sedikit minyak. Telur mata...aduhh memang sempoi kalau kena dengan hirisan tomato dan timun..selamat mencuba.
Mamak Haji - Original's photo.

No comments: