Wednesday, October 22, 2014

RESEPI: BUBUR SUJI oleh mamak haji


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 cawan (cup) tepung suji.
1 cawan (cup) gula pasir. Kalau nak tambah 1/2 cawan lagi tak ada masalah (kurangkan gula).
1/2 cawan ghee atau dua sudu besar ( kalau nak wangi pakai QBB dengar kata JAKIM, dah halalkan brand ini).
3 cawan susu (kotak 1 liter) atau sus cair (sejat) dalam tin pun boleh. Jangan tuang sekali tuang sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang anda inginkan.
150 gm kismis.
150 gm buah gajus orang sini kata jangui.
pewarna kuning tetapi mamak suka warna safron (oren).
3 biji pelaga yang telah ketuk.
Secubit garam.
CARA-CARA MASAK:
1. Panaskan kuali atau periok steel (periok atau peralatan diperbuat daripada logam aluminium untuk masak di rumah cuba elakan - aluminium oksida adalah racun). Api dapur perlu sederhana panas.
2. Masukkan minyak sapi (ghee) biarkan cair (suhu perlu diawasi) bila cair masukkan buah pelaga dan buah kismis dan buah jangus. sentiasa kacau. Kismis bila gelombong menunjukkan ia telah cukup masak. Keluarkan semua bahan gorengan dan asingkan.
3. Masukkan tepung suji dan kacau rata dan gorengkan hingga warna keperangan jangan jadikan terlalu perang. Gorengan sesuai tepung suji ialah bila bau haruman tepung suji mula keluar. Tepung suji perlu digoreng kerana bau tepung suji yang mentah tidak menyenangkan. Boleh juga tepung suji di goreng kering sebelum masukan dalam periok sekiranya anda tidak mahir lagi tentang tepung suji. Semasa gorengan ini tentukan sentiasa digaul rata supaya gorengan tepung sekata. Pastikan suhu sentiasa rendah dan tepung suji tidak terbakar atau hangus.
4. Masukan gula sedikit dmi sedikit dan keseluruhan gula cair dan adun bersama tepung suji.
5. Masukan susu sedikit demi sedikit dan sentiasa kacau dengan adunan tepung. Boleh tambahkan suhu kepanasan semasa proses ini tapi jangan suhu keras. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang anda perlukan. Awas jangan terlalu pekat nanati bukan bubur yang jadi tapi "kesari" yang akan jadi. Orang India jadikan kesari (seperti tepung talam).
6. Masukan semua bahan yang goreng buah gajus dan kismis. Kalu anda ingin hias di atas hidangan bubur tak perlu masukkan. Masukn perwarna kuning dan secubit garam. garam secubit ini cuma untuk melemakan lagi susu (bubur).
Nota:
1. Masalah besar masak bubur suji ini ialah "tepung suji akan bergentel (bubble)" dan hangus kalau masak pertama kali. Mamak bagi tip untuk mengelakan ini. Sekiranya kita masak tepung suji ini dengan gula pasti ini tidak berlaku. selepas gaul baik dengan gula baru masukkan susu.
2. Seluruh proses ini perlu lakukan dengan api dapur yang suhu rendah kecuali tahap terakhir bila dah masukkan susu boleh ke suhu sederhana. Ingat!. kalau pertama kali buat, biar lambat, asalkan selamat.

No comments: