Wednesday, October 22, 2014

Penerangan tentang Beras Basmathi oleh Mamak Haji

Sedikit penerangan tentang "BERAS BASMATHI"..nama berasmathi ini berasal dari perkataan sanskrit "vasmathi". Basmathi telah perkenalkan di negara-negara Timur Tengah oleh pedagang beras dari India. Negara India dan Pakistan adalah negara pengeluar basmathi yang terbesar didunia. Nasi basmathi sangat popular kerana ia bersaiz panjang dan beraroma pandan kerana punyai bahan aroma yg terdapat dlm pandan "acethyl dan pyrroline.". Kalau masak nasi biasa gunakan daun pandan anda akan dapat hasil nasi yg sangat wangi.
Basmathi ini sebenarnya membawa no. model mcm kereta. Tetapi di negara kita nombor-nombor ini tidak ditulis kerana apa yea?.nanti marah pulak org kelab penyokong beras..Beras basmathi tradisi ialah basmathi 370, 385 dan RS- Pusa. Dari Pakistan PK385 dan D-98.
Ok soalan beras basmathi yang paling popular di negara kita ialah, "JASMINE / BERNAS PUSA 1121" (2kg). Beras ini adalah hasil dari kajian pengubah-suain Genetik..yang terpanjang dan terwangi dan termahal sekali.
"Par-boiled" ini bermaksud ..proses yg telah dibuat berkurun lama di kampung-kampung di India. Par-boiled bermaksud padi direbus dengan air (sekarang gunakan wap air panas) seketika selepas itu disejukkan dan keringkan dan menjalani proses kisar biasa jadikan beras. Bila padi direbus dengan sekamnya (kulit) sekali ada lah dikatakan vitamin B (thiamin, riboflavin dan niacin) akan berpindah ke tengah isi beras atau digelar endosperm. Ini lah dikatakan beras rebus ini lebih baik dari beras biasa. Rangsangan terhadap Insulin akan mempercepatkan proses gula dlm tubuh badan org yg mengidap penyakit kencing manis, maka beras pra boiled sangat baik utk pengidap kencing manis dan juga masalah jantung.
Dalam beras biasa vitamin B ini akan kehilangan semasa basuh beras. Jadi beras biasa kalau kerap kali basuh akan terbuang vitamin B ini..tak basuh takut pulak berapa banyak racun kimia yang menyaluti beras ini..
Beras par-boiled atau beras rebus ini sedikit kekuningan dari beras biasa. Berasnya keras sedikit dan nasi nya amat peroi dan jarang melekat diantara satu sama lain ini kerana kanji dalam endorsperm telah dikeluarkan semasa rebusan awal. Masa masakan ambil masa lama sedikit tetapi beras basmathi yg jenis pra boiled sekarang ini telah masak dulu dengan sebab itu masakan ambil masa yg sedikit..ia seperti beras segera.
Beras par boiled ini sukar untuk menyerap air dengan itu ia amat sesuai makan dengan lauk jenis berkuah seperti masakan India.


Tips:
** berasmathi jangan lupa rendam selama 2 jam yea..kalau tidak masak jadi keras..
** nasi putih kalau nak peroi masukkan sedikit minyak masak dan garam. Basuh bersih beras sampai beras boleh kelihatan..sekurang-kurang X3 -4 kali...ambil sehelai daun pandan potong 4 inchi pjg masukkan...amat lazat
**  nasi putih nak putih melepak..masukkan sedikit jus limau nipis..hehehe.
** masak nasi ..sukatan air cara paling terbaik adalah Ibu jari..yang baru masak..sukatan air utk beras biasa ialah air dan beras nisbah 1:1...utk basmathi tambah sedikit air.







No comments: