Wednesday, October 22, 2014

Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin



Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
Pilihan 1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya bersama sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang, ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.
Pilihan2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Pilihan 3: Ambil sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 3 kali.
Pilihan 4: Ambil halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam, dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisarkan atau tumbuk. Seterusnya adun dan tapis. Minum airnya. Amalkannya sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Pilihan 5: Ambil Lengkuas Padi/Helang/ Ranting , iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut. Ia bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan untuk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
Pilihan 6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
Pilihan 7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus, lalu gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur, dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
Pilihan 8: Ambil daun jambu serta kapur sirih. Giling dan sapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus dan campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkannya bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.

No comments: