Ikan tawar memang enak di makan. Tetapi ramai juga yang tidak boleh tahan dengan bau hanyirnya. Sebab itulah ada sesetengah orang yang masih tidak boleh memakannya sehinga sekarang. Jadi bagaimana cara untuk menghilangkan bau hanyir? Kerana pasti ramai yang teringin memakan ikan haruan misalnya yang banyak kebaikkan dalam menyembuhkan luka-luka dalaman. Untuk itu, Mingguan Wanita kali ini berkongsi dengan anda petua untuk menghilangkan hanyir ikan tawar seperti yang telah di sediakan di bawah.
Rendam ikan dengan jus asam jawa selepas dibersihkan. Biarkan selama 30 minit atau lebih. Kemudian, bersihkan dengan air garam pula. Kemudian barulah dimasak. Anda juga boleh menggunakan belimbing besi yang diramas dan digaul pada ikan atau menggunakan jus limau nipis, jus limau kasturi atau lemon. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment