Jom pekena Nasi Beriani dan kurma Kambing Mamak..
RESEPI: NASI BERIANI.
Bahan-Bahan:
1 kg Beras Basmati.
2 sudu besar (tbsp) REMPAH BERIANI.
2 sudu besar Minyak Sapi.
2 sudu besar Minyak Masak.
2 ulas bawang labu sederhana besar dihiris halus.
1 keping kulit kayu manis yang besar.
3 biji pelaga.
2 kuntum bunga lawa.
5-6 kuntum cengkih.
5-8 biji gajus dan sedikit buah kismis.
1/2 sudu kecil garam masala.
2 helai daun pandan disimpulkan.
2 cili merah hidup dibelah dua memanjang.
1/2 tin sup tomato kimball
2 sudu besar tomato puree.
3/4 tin susu sejat.
1 sudu besar gula pasir. Terbaik adalah gula batu* kerana gula batu tidak mudah hanguskan nasi di bawah.
Garam secukup rasa.
Daun ketumbar dan bawang goreng untuk ditaburkan diatas nasi.
Sedikit pewarna oren merah.

Bahan untuk dikisar:
- 3 biji bawang labu sederhana besar.
- 5-6 ulas bawang putih + 1 inci halia. *sila rujuk posting cara penyediaan pes halia bawang putih. Gunakan 1 sudu besar pes ini.
- 10 bjii badam, direbus, kopek kulit dan kisar.

CARA-CARA MASAK:
1. Sukat beras dengan menggunakan cawan. Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan aka air yang diperlukan untuk masak 8 cawan juga. Ingatlah sukatan masak nasi nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
2. Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah. Beras ini perlu rendam 1 dalam air. Tetapi mamak suka rendam beras yang telah di basuh ini direndam 5-7 menit dalam air panas dan toskan (cara cepat).
3. Hidupkan api dapur atau rice cooker. Apabila mula panas, masukan minyak masak diikuti dengan Minyak sapi. Ia bertujuan minyak sapi tidak terbakar (Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan masak beriani ini tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu dengan minyak masak.
4. Bila minyak mula panas masukan rempah kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang, cengkih, daun dan serai. Masukan bawang dihiris dan goreng sehingga warna keemasan, masukkan biji jangus dan kismis, diikuti dengan, pes halia bawang putih dan cili merah. Bila semua bahan ini mula pecah minyak, masukkan air bawang yang telah kisar. Biarkan air bawang ini sejat sedikit. Kecilkan api dapur, masukkan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini. Jangan sampai rempah ini hangus. Beri perhatian kawalan api dapur.
5. Apabila gorengan mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masuk air yang telah di sukat awal ke dalam adunan rempah ini. Di ikuti oleh susu cair,tomato puri, tomato sup dan juga kisaran badam. Masukkan gula dan garam secukup. Tutup tudung periok dan perlu tunggu untuk air mendidih. Bila air mendidih, masukan beras yang telah tos ke dalamnya. Kacau rata-rata dengan cermat supaya butiran beras tidak hancur. Tutup tudung periok rapat supaya wap nasi dapat disekat. Tindehkan apa-apa benda berat yang patut.
6. Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap mula keluar melalui penutup menandakan nasi dah mula sejat. Buka tudung dan titiskan pewarna (serbuk) oren merah di tempat yang mengeluarkan gelumbong wap (supaya warna akan menyerap ke permukaan bawah nasi). Titiskan pewarna tiga atau empat tempat sudah memadai untuk mendapatkan butir nasi yang berwarna. Dengan menggunakan sudip terbalikan nasi permukaan nasi di atas ke bawah supaya nasi masak sama rata. Kalau ada daun pisang tutup keseluruhan permukaan nasi, ia akan berikan aroma yang klas gitu..
7. Ini adalah peringkat terakhir nasi beriani anda masak, maka api dapur perlu dikawal dengan baik (kecilkan) untuk mengelak dari nasi akan hangus. Tutup tudung periok rapat atau gunakan daun pisang untuk menutup bahagian atas permukaan nasi supaya keharuman dan wap disekat untuk nasi itu masak sempurna. Nasi yang hangus di permukaan bawah menghilangkan keharuman rempah. Biar lamabat asal selamat nasi beriani anda. Hidangkan dengan taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.

Nota:
Beras 1 kg ini Anggaran untuk jamu 10 orang dewasa. Masa Masakan 45 minit. Sekiranya anda ingin nasi beriyani anda rasa ayam, masukkan 2 atau tiga ketul ayam ke dalam nasi semasa air di masukan. Ia akan memberi kelazatan. Cara masak beriani ini adalah mudah tapi bukan ori, tetapi ada kebaikan kerana lauk ayam atau kambing kita boleh pilih. Masak Nasi beriani bertingkat yang asli adalah perlukan kemahiran tinggi dan rasa nya lebih kurang sama je.

*I
ni teknik takut nasi tak masak..utk yg baru nak jinak..kalau nasi masih keras sikit lepas sejat..ambil air panas..renjiskan sedikit di permukaan nasi dan tutup permukaan itu dengan plastik..biarkan lagi dalam 10-15 minit dengan api yg minima..pasti masak nasi itu
No comments:
Post a Comment