Tuesday, April 8, 2014

Bagaimana Cara Kita Merawati Sifat Hasad Dengki



Bagaimana Cara Kita Merawati Sifat Hasad Dengki
- Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari >>> Darul Muhibbin

Pertama
- Kita mengakui dalam diri kita bahawa dalam kita ada sifat hasad dengki, melalui kesedaran itu kita membenci sifat yang ada dalam diri kita 

Kedua
- Kita berdoa pada orang yang kita hasad. Sesiapa yang kita lihat mempunyai kelebihan dan kita mempunyai sifat hasad dengki padanya maka kita doakan kelebihan padanya. Kita doakan semoga ALLAH tambahkan rezeki dan nikmat padanya dan berkati apa yang telah ALLAH kurniakan padanya 

Jika ada seseorang mengatakan lidah saya mungkin boleh berdoa kepadanya tetapi mungkin hati saya tak nak, hati saya enggan...

Contohnya saya berdoa pada orang itu "ya ALLAH tambahkan rezeki padanya" namun hati saya kata jangan tambahkan, walaupun dalam keadaan sebegitu sekalipun...teruskan berdoa..teruskan berdoa..

Jika hati memberontak...maka kita minta pertolongan kepada ALLAH - "Ya ALLAH aku berlepas diri daripada segala yang terbit daripada hatiku dan aku hanya mampu ya ALLAH untuk menggerakkan lidahku untuk berdoa kepadanya ya ALLAH "

....apa yang kita tidak mampu kita minta pertolongan daripada ALLAH 

Ketiga
- Jika timbul sifat hasad ini, maka kita ucapkan taniah pada orang itu

Ke-empat
- Orang yang diberikan kelebihan itu kita bantu dia 

Ke-Lima
- Jika datang sifat hasad dalam diri maka kita jangan layan. Kita kawal sifat ini jangan sampai sifat ini terkeluar dari ucapan kita atau perbuatan kita kerana Ulamak mengatakan "Jika timbul sifat hasad dengki dalam diri manusia maka simpan saja didalam hati kerana keberangkalian seseorang itu terlepas daripada sifat hasad dengki selagi berada dalam hatinya adalah lebih besar daripada seorang yang mempunyai sifat hasad dengki mengucapkannya dengan kata-kata ataupun perbuatan

Terakhir.
- Rawatan mujarab untuk mengubati sifat hasad dengki yang berada dalam diri manusia adalah kita zahirkan nama-nama ALLAH Ta'ala ( Asma ul Husna )

Tausiyah @ Rahsia Perkahwinan

No comments: