RESEPI NASI MANDI DAGING KAMBING:
bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kg.Daging kambing ( lamb). Ayam je..sekali-sekala daging kambing pulak. Kata nak rasa masakan Arab.
- 2 cawan berasmati (pilih beras mati yang panjang biasanya beras mati Pakistan mempunyai ciri ini).
- 2 btg. carrot yang bersaiz sedang di sagat.
- 1 biji tomato dipotong dadu.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 50gm biji janggus.
- 1 sudu besar minyak sapi (tidak kemestian).
- 4 sudu besar minyak.
- 4 cawan stok ayam; kalau tidak ada gunakan 2 kiub stok ayam segera.
- Garam dan Gula seperti diperlukan.
PENYEDIAAN REMPAH MANDI:
Sekiranya anda ada rempah mandi yang telah siap Ok. Tapi kalau tak tali, rotan pun jadilah:
- 5 biji buah pelaga hijau.
- 2 helai daun beriani atau daun salam India.
- 12 biji lada hitam.
- 5 kuntum bunga cengkih.
- 1 biji buah pala, pecahkan rong dan tumbuk isinya. Gunak gunakan satu cubit saja serbuk buah pala.
- 1 ruas halia kering (orang India gelar "suku") kisar halus ambil 1 sudu keci1 (tsp) serbuknya.
- 4 hirisan lemon.
- 1 cawan air.
Goreng kering semua rempah ini dan dikisar halus. Masukkan rempah ini dalam cawan bersama dengan hirisan lemon, 2 sudu besar minyak dan garam dan 1 cawan air. Perap daging kambing dengan penyediaan rempah ini.
CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING KAMBING:
1. Perap daging kambing semalam dengan rempah yang telah sediakan dalam peti sejuk. Keluarkan perapan daging kambing.
2. Balut daging kambing dengan "Alluminium Foil Heavy Duty" dengan ketat tanpa bocor. Masukkan dalam oven selama 40 minit dalam suhu lebih kurang 200C.
3. Keluarkan dari oven, buka bungkusan dan masuk dalam kuali. Panaskan sehingga semua air yang berlebihan sejat.Biarkan daging itu dalam kuali.
CARA MENYEDIAKAN NASI MANDI:
1.Basuh berasmathi satu atau dua kali. Rendam selama 30- 40 minit. Toskan.
2. Masukkan minyak sapi 1 sudu besar dan 1 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang hirisan, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, biji janggus, daun salam,garam dan air stok ayam. Biarkan air mendidih, masukkan tomato dan karot yang telah sagat.
3. Tutup penutup dan api dapur kepada dikurangkan kepada sederhana (medium). Masak selama 25-30 minit tanpa buka tudungnya. Selepas nasi telah sejat, keluarkan dan masukkan dalam kuali yang digunakan untuk keringkan air daging kambing.
4. Ini bahagian nak berasapkan daging dan nasi. Ambil sebiji bawang besar, potong separuh, kopekan sehelai kelopak bawang yang berbentuk mangkok. Letakan kelopak bawang ditengah nasi. Masukkan sekeping arang barbecue dan bakar. Bila arang mula menyala, percikan minyak ke atas arang yang menyala. Tutup tudung cepat-cepat. Biarkan selama 15 minit.
5. Hidangkan dengan sos salata hara.
No comments:
Post a Comment