Thursday, December 26, 2013

RESEPI KURMAK SAYUR-SAYURAN:oleh mamak haji

RESEPI KURMAK SAYUR-SAYURAN:
Bahan-Bahan Masakan:
- 100gm Karot, dibuang kulit dan di potong bulat atau serong.
- 100gm kacang buncis panjang 1 1/2 - 2 inci.
- 100gm kacang peas yang segar atau frozen.
- 100gm ubi kentang dipotong dadu.
- 1 biji lada bangla (capasium hijau) di potong dadu.
- 50 gm bunga kobis atau barakoli (kedua-duanya pun ok).
- 1 biji tomato dipotong dadu.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 2 biji cili hijau dibelah dua.
- 1 sudu besar pes halia - bawang putih.
- 5 biji biji janggus.
- 1/2 cawan susu segar/ atau yogurt.

CARA BUAT REMPAH KURMAK (kalau malas beli saja serbuk kurmak sedia-ada).
- 2 sudu kecil serbuk ketumbar.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1/2 sudu garam masala.

BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
- 3 kuntum bunga cengkih.
- 1 keping kayu manis .
- 2 kuntum bunga lawang.
- 3 biji buah pelaga.
- 2 sudu besar minyak sapi/ minyak masak.

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali masukan minyak sapi / minyak masak. Masukan hirisan bawang dan goreng keemasan. Masukkan bahan-bahan untuk menumis s, kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang dan biji janggus. Tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan bawang yang telah hiris. Bila warna bawang tukar ke warna kekuningan emas, masukan pes hali bawang putih (selalunya goreng bawang dulu sebelum masukan pes halia bawang putih jika tidak lain jadi aroma bawang anda). Kecilkan api dapur dan masukkan rempah kurmak.
3. Masukkan susu atau yogurt diikuti dengan 1/2 cawan air. Masukkan kentang dan rebus 3/4. Untuk buat kuah kurma yang pekat yang tak perlu gunakan santan atau kelapa parut, Masak rebus 7-8 biji badam selama 15 minit, sejukkan dan kopek kulitnya dan kisar halus. Masukkan dengan air tadi dan didihkan. Bila kentang masak masukkan sayuran-sayuran mengikut jenis kekerasan dan waktu masak seperti urutan karot, kacang dan akhir sekali tomato, bunga kobis dan capsium hijau. Kepekatan kuah kurmak terpulang pada anda.
4. Masukkan cili hijau, garam dan gula. Sekiranya gunakan yogurt, tambah gula sedikit untuk mengimbangi masaman yogurt dan gula. Sekiranya masam tambah gula Masak sehingga sayuran masak sempurna. Angkat dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar dan taburan bawang goreng

No comments: