Thursday, December 26, 2013

GULA-GULA KUNYAH BUTTERSCOTCH:

RESEPI: GULA-GULA KUNYAH BUTTERSCOTCH:
Bahan-Bahan di Perlukan:
- 1 cawan gula pasir.
- 1/2 cawan gula perang.
- 1 sudu kecil cuka.
- 1/2 cawan "corn syrup light".
- 1/4 cawan air.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 1/2 cawan butter.
- 1 sudu kecil vanila.

CARA-CARA:
1. Dapatkan talam kueh 8" x 8" dengan lapikan kertas alluminium foil dan disapu permukaan atasnya sedikit minyak.
2. Adunkan corn syrup, cuka, gula, dan air dalam kuali. Panaskan dengan api dapur sederhana. Kacau sebatian ini dengan sudu kayu sehingga semua gula cair. Dalam keadaan ini anda perlu stabilkan suhu sebatian ini pada 118 Celcius/ 245 darjah F. Dapatkan sebuah jangka suhu gula-gula. Keadaan suhu amat mustahak dalam mencipta gula-gula kunyah ini - kalau tidak ia akan menjadi keras.
3. Bila suhu adunan ini sampai pada 118 C /245 F, cepat-cepat masukkan butter. Bila suhu sampai kepada 255 F. Matikan api dapur dan masukkan vanila. Cepat-cepat keluarkan kuali dan tuangkan dalam talam yang telah sediakan.
4. Biarkan ia sejuk sehingga suhu bulik atau boleh percepatkan dengan masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
5. Bila sejuk, tarik keluar aluminium foil dan bolehlah potong 1" x 1". Oleh kerana cuaca panas negara kita, gula-gula ini perlu balut dengan wax paper (lebih kurang seperti kertas bungkus burger pun boleh juga).

No comments: