Sunday, September 7, 2014

Siri Taman Syurga 86:Kuliah Prof Muhd Kamil Ibrahim Bersama mu di Firdaus

Siri Taman Syurga (85):LIVE 5/9 - CERAMAH PERDANA[ USTAZ ASWAD NASRON]

Lemon Pepper Seasoning Mix

Lemon Pepper Seasoning Mix
1 cup ground black pepper
1/3 cup dried lemon peel
3 Tablespoons coriander seeds
1/4 cup dried minced onion
1/4 cup dried thyme
Mix all in a blender until smooth.
Use 2 Tablespoons lemon pepper seasoning mix with 1/4 cup fresh lemon juice and 1/4 cup olive oil on 6 chicken cutlets or fish filets. Marinate in the refrigerator for 1 hour.
Grill or Bake at 350 degrees F. for about 20 minutes; turn and bake for an additional 20 minutes or until cooked through.
Find out more by clicking on the link below.
http://www.howtoinstructions.us/category/food

CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:oleh mamak haji

CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:
Bila mamak haji tulis rempah saja..jangan fikirkan ia cuma kayu manis, buah pelaga, atau pun bunga lawang. Bidang rempah atau spice ini sangat luas untuk terokai. Selain dari rempah asal seperti kayu manis dan lain, terdapat juga rempah campuran yang di gelar "masala" dalam bentuk serbuk atau pun pes dalam bekas. Ia seperti rempah kari ikan dan daging, rempah kurmak, keema curry masala, Goda masala, kofta curry masala, Garam masala, Rempah Tandoori, Tikka masala, BBQ tikka, masala Dalca, masala masak merah..dan banyak lagi.
Kebanyakan respi mamak haji berpandukan, "masala" ini. Kalau anda ingin terokai dunia "masala" masakan India ini..memang masalah besar terutamanya mengenal masala-masala ini untuk dapatkan masakan dan cita rasa yang tepat. Inilah maksud mamak haji "kesempurnaan sesuatu masakan adalah setiap kali membaiki masakan kita dan gunakan rempah yang tepat dan campuran masala yang tepat. Kalau hanya mengenal dan gunakan "rempah masala kari ikan "baba's" atau "Alagappa" saja anda belum lagi menjadi terbaik dalam masakan India. Syarikat perniagaan masala tak mengajar kita cara buat masala tapi mengajar kita bagaimana gunakan rempah mereka untuk lariskan produk mereka Sama juga speghetti Bologneese..mereka minta anda gunakan produk tanpa fikir bagaimana buat pes bologneese itu..mereka kata, "jangan jadi rajin, jadi lah malas" untuk jadi malas beli produk kita. Kalau mamak haji pun tulis resepi tanpa memberitahu bagaimana buat rempah itu ..sama dengan syarikat pengeluar produk rempah itu..apa lah gunanya respi mamak haji, cuma jadi pengiklan untuk syarikat mereka..

Siri Taman Syurga 84:[LIVE6.9.14][USTAZ SHARIR LONG][MASJID SG RUSA]

Status Carl Samsuddin

Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)
Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.
Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................
Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.
Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.

FB petua orang kampung

Tahukah anda..?
Banyak rahsia yang tersimpan dalam kulit kayu manis. Selain dijadikan bahan masakan, kayu manis juga kerap dijadikan ubat. Kulit kayu manis berfungsi memanaskan dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi mengubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Jika kayu manis direbus bersama halia, air rebusan ini dapat menghasilkan satu jenis minuman yang berpotensi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang..
Jom amalkan.. Sila share 

Keajaiban Unta, Sebuah Mukjizat Al-Qur'an - Ustadz Sufyan Baswedan, MA.

Coretan ustaz ebit lew (17)

Pengajaran memilukan buat diriku dan kita untuk nilai diri ..
Seorang lelaki terjumpa saya di masjid. Allah ingin memberi satu pengajaran besar buat diri saya dan saya teringin kongsi dengan tuan puan di luar sana.
Dia peluk saya dari belakang. Ustaz ebit lew, saya sayang ustaz kerana Allah. Saya pusing dan kata padanya, pasti Allah lebih menyayangi abang lebih dari abang sayang saya. Kerana abang sayang kerana Allah...Kerana dia.
Dia menangis teramat sangat. Saya ingin minta nasihat ustaz..saya dah buntu. Dah seminggu saya tak balik rumah. Saya tidur masjid dan berdoa...Saya tak boleh tengok rumah saya. Saya datang rindu isteri saya teramat sangat..
Saya pandang mukanya kerana ingin tahu. Wajahnya dengan air mata yang bergenang dan akhirnya menangis.
saya sedih. dia menangis..Saya banyak salah isteri saya.....
Dulu saya susah.. Kami hidup susah bersama-sama. Benar-benar tiada harta. Satu hari Allah beri saya kesenangan dan kekayaan melimpah ruah. Tidak berhenti rezeki saya. Saya belajar agama tapi saya dah lupa semua dan mula hidup dengan dosa dan kejahilan. Saya cari pelacur setiap malam. Saya sanggup pergi jauh cari pelacur kerana kononnya tiada kepuasan di rumah..setiap hari balik lewat.
Isteri saya sayang dan percaya saya. Dia banyak korban buat saya. Dia bersabar mendoakan saya. Pernah dia kata, abang baik kuat bekerja untuk saya. Terima kasih abang..Dia kuat solat dan berdoa. Kami tiada anak ustaz walaupun sudah lama kahwin.
Satu malam saya balik lewat. Isteri saya sedang berdoa malam tu ustaz. Malam Ramadhan baru ni. Saya pergi ke tempat jahat. Balik dia picit kepala saya. Dia peluk saya. Tapi saya tolak dia. Saya kata pergilah tidur. Sebenanrya badan saya kotor kerana buat dosa dan maksiat. Saya cuba tidur.
Isteri saya solat dan mengaji. Saya tengah fikir nak marah suruh dia mengaji perlahan. Saya baran dan pemarah. Saya pun tidur tak sedar-sedar. Saya sedar pukul 1 tengah hari kerana hari ahad. Saya tak solat dah lama. Saya kejut isteri saya. Dia baring sebelah saya...saya tiba-tiba terasa nak peluk dan teramat rindu padanya kerana sudah lama kami tidak bersama.
Macam biasa saya kejut. Saya panik....rupan-rupanya isteri saya sudah tiada ustaz. Isteri saya dah tinggalkan saya ustaz...dia terus menangis...dan menangis...saya pun tak boleh tahan dan turut menangis..macam tak percaya sebab dia sihat sahaja..
Dia menangis dan menangis sepanjang cakap. Isterinya sudah tiada. Isterinya yang baik dan setia berbuat baik padanya...dia kata saya teramat sedih. Saya bertaubat ustaz. Saya cuma nak tanya ustaz boleh tak saya doakannnya. Sampai tak padanya..
Jawab saya, Allah sayang abang. Seluruh kebaikan yang abang buat dalam hidup ini akan buat Allah sayang abang dan arwah isteri abang. Kerana dengan doa dan nasihatnya dan kesabarannya,akhirnya Allah beri hidayat pada abang. Dia benar-benar isteri sejati. InsyaAllah dia dalam syurga atas kerana berkat kesabarannya...
Bagaimana kita boleh lupa orang yang pernah lapar bersama..Menangis bersama. Susah bersama. Saat kita berduit kita khianat pada mereka..Lupakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita.....
Hargailah isteri yang kita sayang kerana Allah... Setiap anak adam buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun pada Allah-ebit lew
Dijemput semua keluarga sunnah 2.0. di Dewan Besar UPM. Lagi 8 hari. Ahad 14 september 2014. Ramai juga orang yang tidak berkemampuan ingin mendaftar...agak ramai juga.Kepada sesiapa ingin menaja ibu tunggal yang kurang kemampuan dan mereka yang tidak mampu juga boleh hubungi 03 8926 7020 atau 017 3666 848 atau www.keluargasunnah.com.

Status Dr Abu Anas Madani

Buhlul.
Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-'Abbasi Harun ar-Rasyid.
Pada suatu hari, Harun ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur.
Harun ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: "Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?

Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. Kemudian dia menyeru Harun dengan sekuat-kuat suaranya. Wahai Harun, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?

Harun pun pergi ke bawah pokok tersebut sambil menunggang kudanya. Harun berkata kepada Buhlul:"Aku yang gila atau engkau yang yang berada di atas pokok?"

Buhlul berkata kepada Harun:"Aku ada akal".

Harun bertanya:"Bagaimana kamu mengatakan kamu ada akal?"
Buhlul menjawab:"Aku ada akal dan tidak gila kerana aku tahu bahawa benda ni akan hilang (sambil dia menunjukkan ke arah istana Harun) dan benda ini akan kekal (sambil dia menunjukkan ke arah kubur).
Maka aku telah meng'imarahkan ini sebelum ini.
Manakala kamu pula sesungguhnya telah meng'imarahkan yang ini (dimaksudkan istana Harun) dan kamu telah merosakkan yang ini (dimaksudkan kubur).
Kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang kamu makmurkan kepada tempat yang kamu rosakkan sedangkan kamu tahu bahawa kubur itulah tempat kamu kembali bahkan tidak mustahil lagi.
Buhlul pun berkata:"Katakanlah kepadaku siapakah di antara kita yang gila sebenarnya?"

Gementar hati Harun ar-Rasyid dan dia menangis sehingga basah janggutnya. Lalu dia berkata:"Demi Allah, sesungguhnya engkau benar."

Kemudian Harun berkata:"Tambahkanlah nasihat untukku ya Buhlul."
Buhlul berkata:"Cukuplah bagimu Kitab Allah maka berpegang teguhlah dengannya."

Harun berkata:"Adakah kamu ada sesuatu hajat, aku akan tunaikannya."
Buhlul berkata:"Ya, aku ada tiga hajat. Jika kamu menunaikannya, aku berterima kasih kepadamu."
Harun berkata:"Mintalah hajatmu itu."
Buhlul pun berkata:"Engkau tambahkan umurku."
Jawab Harun: "Aku tak mampu. "
Buhlul berkata lagi:"Kamu selamatkan aku daripada Malaikat Maut."
Jawab Harun:"Aku tak mampu."
Buhlul berkata lagi:"Engkau masukkan aku ke dalam Syurga dan jauhkan aku daripada Neraka."
Jawab Harun:"Aku tak mampu."

Buhlul berkata:"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau adalah 'mamluk' (yang dimiliki) dan engkau bukanlah 'malik' (yang memiliki).
Aku tiada apa-apa hajat di sisimu.

Sumber: كتاب عقلاء المجانين
[Abu Ammar & AAM, 3 Jun 2013]