Sunday, June 8, 2014

Merangupkan Kentang Goreng

Suka makan kentang goreng bukan? Namun apabila membuat kentang goreng sendiri selalunya tidaklah serangup yang dibeli segera di pasar raya mahupun restoran makanan segera. Namun begitu berikut ada petua yang boleh anda cuba untuk merangupkan makanan kegemaran anda ini.

Setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan satu hingga dua jam hingga kentang kering. Selepas itu, gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana agar betul-betul rangup.

Petua Untuk Menghilangkan Kurap atau Bekas Kurap

Petua Untuk Menghilangkan Kurap atau Bekas Kurap
Pilihan 1: Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Pilihan 2: Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Pilihan 3: Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
Pilihan 4: Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
Pilihan 5: Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Makanan Sesuai Semasa Berpantang

Masakan yang sesuai untuk wanita selepas bersalin adalah yang tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau bersantan. Jenis ikan yang sesuai dimakan adalah bawal putih, tenggiri, siakap dan haruan (baik untuk menyembuhkan luka dalaman). Sayuran jenis sejuk seperti kubis, timun dan sebagainya atau jenis yang ‘berangin’ seperti petola, labu dan sebagainya juga tidak digalakkan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sayur yang tumbuh menjalar adalah sejenis ‘berangin’. Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan, dilarang makan anggur sama sekali sebab sejuk. Lebihkan minum susu, air suam dan ulam-ulaman yang tertentu seperti pegaga dan pucuk daun mengkudu.

Rahsia Kek Tidak Merekah

Ramai yang ingin mendapatkan petua bagaimana untuk memasak kek coklat  agar tidak merekah. Berikut adalah tips yang dikongsikan Mingguan Wanita untuk anda semua.

Sebelum membuat kek, pastikan ketuhar yang hendak digunakan dipanaskan terlebih dahulu. Ketuhar yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh merosakkan rupa paras kek yang dibakar. Letakkan acuan kek dibahagian tengah dalam ketuhar dan tidak terlalu rapat ke atas ke bawah. Pastikan acuan yang digunakan tidak terlalu kecil untuk adunan tersebut. Kerana ini juga menjadikan kek merekah di tengahnya. Pastikan juga resepi kek tersebut telah diuji sebelumnya. Selamat mencuba!

Health benefit of Ginger


Health benefit of Ginger:
•Ginger may be powerful weapon
in the treatment of ovarian cancer. A study conducted at the University of Michigan Comprehensive Cancer Center found that ginger powder
induces cell death in all ovarian cancer cells to which it was
applied.
•Ginger has been shown to be an
effective remedy for the nausea
associated with motion sickness.
•Ginger has long been used as a natural heartburn remedy. It is most often taken in the form of
tea for this purpose.
•Ginger has long been used as a natural treatment for colds and the flu. Many people also find
ginger to be helpful in the case of
stomach flus or food poisoning, which is not surprising given the positive effects ginger has upon
the digestive tract.
•Research has shown that ginger
may provide migraine relief due
to its ability to stop
prostaglandins from causing pain
and inflammation in blood vessels.
•In Chinese medicine, ginger tea with brown sugar is used in the treatment of menstrual cramps..

Siri Halwa Telinga(26):Talib al Habib -- Songs of the Wayfarer Album -- Experience (+playlist)

Siri Halwa telinga (25):Talib al Habib -- Songs of the Wayfarer Album-- 'Return' (+playlist)

Petua Untuk Gastrik

Petua Untuk Gastrik
Minum susu kambing selalu dan juga amalkan meminum madu lebah sebanyak sesudu sehari, samaada di waktu pagi atau malam. Selain daripada itu, anda disarankan memakan sekepal nasi sejuk yang telah digaul dengan gula setiap pagi sebelum bersarapan.

5 Kebenaran Tentang Sosej'

PERHATIAN UTK IBU2
PLEASE SHARE THIS INFO UTK KEBAIKAN ANAK2 KITA..
5 Kebenaran Tentang Sosej !
Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!
5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives
2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!
3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!
5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%

Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!

'Share' This Info If You Seriously Concern - Let other mothers know the truth!
Care For Our Lovely Kids!

Lokasi jerawat oleh rahsia hawa


Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.