Tuesday, May 13, 2014

Siri taman syurga(40):[LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

MUST LISTEN (Mishary-Surah Najm) One of the best I've heard

8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA



8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia

7 mata yang dicintai oleh ALLAH

Jom hapuskan dosa

Cara memaniskan pucuk ubi

Suka makan rebusan pucuk ubi dicicah dengan sambal kegemaran? Memang mengeliurkan!

Tahukah anda rebusan pucuk ubi lebih sedap kalau ditambah dengan sedikit kemanisan semulajadi. Bagaimana mahu membuatnya? 

Berikut adalah petua untuk membuatkan rebusan pucuk ubi anda lebih bertambah lazat!

Masukkan sedikit minyak kelapa sewaktu merebus pucuk ubi. Hasilnya bukan sahaja bertambah enak, tetapi warnanya juga segar dan kelihatan begitu menyelerakan.

Kaedah yg kedua, rebus pucuk ubi dengan air kelapa secukupnya sehingga mendidih. Selamat Mencuba! 

health tips

HEALTH TIPS :-
* Do not have huge meals after 5 pm.
* Reduce the amount of oily food you consume.
* Do not drink the coffee twice a day.
* Do not take pills with cool water.
* Best Sleeping time is 10pm to 6am.

RESEPI: ASAS DOH PAI oleh mamak haji

RESEPI: ASAS DOH PAI.
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 2 cawan tepung.
- 1/2 cawan minyak jagung.
- 1/4 cawan susu segar sejuk.
- 1/2 kecil garam.
- kertas surih.
Cara menyediakan:
1. Satukan minyak dengan susu, jangan kacau. Masukkan tepung. Kacau dengan garpu.
2. Uli sehingga jadi doh. Bahagikan dua bahagian satu untuk penutup pai.
3. Yang lain ikut apa yang mamak haji telah sebutkan.
Cara Menyediakan isian apel pai:
1. Satukan 1/2 cawan gula dan 1 sudu besar serbuk buah pala, 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan 1 cawan tepung ubi. Gaulkan semua.
2. Cairkan 1 cawan mentega dan masukkan dalam campuran di atas.
3. Kupas apel dan potong kecil.
4. Rebus semuanya dengan 1 cawan air sehingga separuh masak.
5. Biarkan sejuk dan tuangkan ke dalam mangkuk pai.
6. Tutup bahagian atas pai. Kelarkan bahagian tengah pai dan klimkan kemas tepi pai yang mamak haji telah terangkan.
7. Panasakan oven kepada 200C masukkan pai anda untuk dibakar.
8. Dalam suhu 200C bakar pai selama 50 minit.
9. Keluarkan pai selepas 50 minit. Bancuh telur dan air, sapukan dipermukaan pai.
10. Masukkan pai semula dalam oven dan bakar selama 15 menit lagi. Pai anda telah sedia. Selamat mencuba.



Tips dari mamak haji: Pai Crust yang sempurna

Pai Crust yang sempurna:
Mamak Haji akui membuat pai bukan mudah, masalah utama adalah bahagian dohnya. Hari ini mamak haji gagal lagi mendapatkan doh yang sempurna. Untuk mendapatkan pai yang sempurna masa menyediakan atau persekitaran suhu dan iklim dapur juga memainkan peranan. Seeloknya tempat menyediakan perlu sejuk, bahan dan peralatan yang digunakan perlu lah sesuai. Mamak haji berikan sedikit tip dan teknik untuk mendapatkan doh pai dan tat yang sedap untuk yang minat buat pai ini.
 Pai Crust yang sempurna:2
1. Dapatkan doh pai dan tart yang sedap ramai cef pastri kita cadangkan menggunakan campuran mentega dan lemak sayuran/ crisco. Jangan gunakan mentega atau majerin saja..
2. Kedua-dua bahan ini ketika gunakan tentukan sejuk termasuk bekas adunan mangkok atau bekas pai mesti disejukkan dulu.
3. Untuk uli gunakan air sejuk atau ais.
4. Proses ulian perlu cepat.
5. Semasa ulian tepung dengan lemak sayuran gunakan pemotong doh dan di uli semula
6. Setelah diuli doh mesti dimasukkan dalam bag plastik dan disimpan dalam peti sejuk sekurang-kurang satu jam.
7. Sebelum canai bahagikan dulu doh. Cara canai harus betul, dari tengah ke tepi. lebih 1/2 inci dari saiz ukur keliling pai untuk klim yg cantik.
8. Basahkan tepi pai dengan air sejuk. Isikan isian pai.Tutup dengan sekeping lagi doh pai. Jari hendaklah dilulur dengan tepung dan klimkan tepi pai.
9. Air sejuk yang membasahi tepi pai menyenangkan proses mengelim pai agar tidak membuka semada pai dibakar

Pai Crust Yang Sempurna - BhgTerakhir:
Tepung pastri memang ada jual tetapi harganya boleh tahan dan sukar dicari. Kita boleh gunakan tepung serba-guna (all purpose) ia kurang kandungan protein. Tetapi jangan guna tepung berprotien tinggi keran ia cuma sesuai untuk buat roti. Ia keras. Protein tinggi membuatkan doh menjadi kenyal.

Gunakan 1 bahagian tepung kek dan satu bahgian lagi tepung serba-guna. dengan nisbah 1:1. Untuk mendapatkan doh yang baik simpan tepung dalam peti sejuk sebelum gunakan.
Pai Crust sebenarnya menggunakan lemak sayuran seperti crisco ( HALAL) tetapi boleh juga campurkan dengan mentega. Ada juga menggunakan minyak jagung..ia seperti membuat kulit karipap mcm cara melembutkan karpap..jadi jangan pening..mamak haji beri dua resepi untuk membuat Pai Crust ini nanti...tapi cuba fahamkan dengan betul apa yang mamak haji berikan tip dan teknik buat pai ini dulu..

Nama-nama Syurga dan Neraka serta penghuninya

Nama-nama Syurga dan Neraka serta penghuninya
1. Syurga
a. Syurga Firdaus
Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al Qur'an, surah Al Kahfi, ayat 107, Allah swt. telah menegaskan:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,"
Juga penegasan Nya dalam Al Qur'an, surah Al Mu'minuun, ayat 9-11.
"Dan orang-orang yang memelihara solat (sembahyang) nya.
Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."
b. Surga 'Adn
Syurga 'Adn ini telah banyak sekali dijelaskan dalam Al Qur'an. Iaitu sebagai berikut: Firman Allah swt. di dalam surat Thaaha, tepatnya ayat 76.
"(yaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan)."
Firman-Nya lagi didalam surat Shaad, ayat 50 :
"(Iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka,"
c. Syurga Na'iim
Dalam Al Qur'an surat al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan :
"Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, dia memberi Keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan."
Firman-Nya lagi dalam surat Luqman, ayat 8 :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan."
d. Syurga Ma'wa
Banyak sekali di dalam Al Qur'an dijelaskan, antara lain :
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah swt. menegaskan:
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, Maka bagi mereka jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan."
Firman-nya lagi didalam surat An Naziat, ayat 41:
"Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)."
e. Syurga Darussalam
Mengenai syurga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan di dalam Al Qur'an, di antaranya ialah : Dalam surat Yunus, ayat 25 :
"Allah menyeru (manusia) ke darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).
erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
f. Syurga Daarul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Aallah swt. di dalam Al Qur'an, surat Faathir, ayat 34-35 :
Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.
Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".
g. Syurga Maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surat Ad Dukhan, ayat 51 :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,"
h. Syurga Khuldi
Di dalam Al Qur'an tepatnya surat Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan :
Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?".