Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Tuesday, March 18, 2014
Monday, March 17, 2014
Jenis-Jenis Ikan Yang Dilarang Makan
Jenis-Jenis Ikan Yang Dilarang Makan
Semasa Ibu Dalam Pantang
a. Bagi ibu dalam pantang, dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu Perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
b. Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Semasa Ibu Dalam Pantang
a. Bagi ibu dalam pantang, dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu Perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
b. Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan
Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan
Bahan-Bahan:
1 biji epal
Daun saleri
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Bahan-Bahan:
1 biji epal
Daun saleri
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Subject: KEMARAU - Ujian Atau Bala Dari Allah?
Lihat keadaan sekeliling dan berfikirlah sejenak..kiamat semakin dekat...Marilah kita sama-sama bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredhai allah.Sesungguhnya Dia yang maha berkuasa.
KEMARAU : Ujian Atau Bala Dari Allah?
Sejak kebelakangan ini matahari semakin galak memancar sinarnya. Maka mulalah tanah merekah, sungai mengering, dan kita seolah-olah berada di padang pasir. Kita sekarang mencari-cari dimanakah air. Kerongkong kini berasa kering yang menuntut air melaluinya. Apakah maksud kepada semua ini?
Kemarau..begitulah makna yang sesuai untuk situasi ini. Kemarau adalah satu bala yang didatangkan oleh Allah kepada manusia tidak beriman kepadanya dan juga satu ujian kepada hambanya yang mukmin. Orang yang mengeluh dengan Allah maka mereka telah terputus dari rahmat Allah. Di zaman Nabi Yusuf, Allah telah mengirimkan satu kemarau yang panjang iaitu selama tujuh tahun kepada umat Mesir ketika itu sebagai membuktikan kesahihan mimpi nabi Yusuf (As).
Begitu juga, Allah Taala telah menurunkan bala kemarau kepada Firaun kerana tidak mengikut nabi Musa malah menentang dan menzaliminya. Akibatnya Allah telah menurunkan bencana ini keatasnya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf ayat 130.
130. dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
130. dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
Ramai orang tidak menyedari hakikat ini dan masih tidak taat kepada perintah Allah Taala, malah mengeluh kerana Allah membebankan diri mereka kerana mendatangkan kemarau. Sedarilah, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan berdoalah kepada Allah agar memberi kita ketabahan agar dapat menempuhi setiap dugaan yang dikurniakan olehNya. ada hadis nabi mengatakan bahawa bala kemarau panjang adalah hasil dari tidak membayar zakat.
Namun allah tidak akan menurunkan sesuatu bala atau bencana itu tanpa sebab. antara sebab sebab bala itu turun kerana terlalu banyak berlaku maksiat, harta tidak dizakatkan, mengurangkan sukatan/ukuran dalam urusan harian, berlaku kezaliman dan banyak lagi.
Disaat akhir zaman ini, kemarau menandakan bahawa kiamat tidak akan lama lagi menemui kita kerana kemarau merupakan salah satu tanda-tanda kiamat yang kecil. Kemarau merupakan satu amaran Allah kepada kita dan juga peringatan Allah iaitu janji Allah mengenai kiamat bukanlah satu pemberitaan yang palsu. Kita harus sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal lama kerana ianya akan musnah sebagaimana musnahnya manusia, binatang, pokok-pokok, dan sebagainya. Justeru, haruslah kita mengambil peringatan ini sebagai langkah untuk kita meningkatkan amat ibadat kita kepada Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dari golongan orang yang mendapat petunjuk dari Allah.
Untuk mereka yang ingin berkahwin ?atas dasar apakah anda ingin berkahwin?
Jika landasan pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.
Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh muflis.
Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkedut atau badan sudah menjadi gendut.
Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI.
Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.
Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhaka kepada Allah.
Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh muflis.
Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkedut atau badan sudah menjadi gendut.
Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI.
Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.
Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhaka kepada Allah.
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa 10 janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Ulasan Dr harun Din mengenai MH370
Salam...
1.17 AM
Dalam mengikuti perkembangan MH370.....Dr Harun Din menasihati...
Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:
1.Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kpd Allah.
Insaflah yg kita sedang diuji Allah
2.Air di empangan makin kurang..3/4 malaysia berjerebu dan terbaru mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun x jumpa. Allah nak ajar manusia bhw ilmu kita ni sgt sedikit berbanding ilmu Allah.
3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan2 hingga habis utk dijadikan tinta..masih x mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lg ilmuNya.
4.Dia bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yg haram...maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
5.Apa yg berlaku mh370 jadikan malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dgn peristiwa tikar terbang sehingga arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yg berlaku sebenarnya...allah hina negara kita dgn peristiwa mcm ni.
6.Majoriti manusia x melihat peristiwa yg berlaku dgn mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana byk maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7.bila dah 3 4 hari x jmpa baru nk ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yg terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal2 peristiwa berlaku.
8.Dr Harun din kata ikut pengalaman dia cuma saudi airline dan brunei yg baca doa perjalanan sebelum fly.
9.Kenapa kita x berserah pd Allah dlm setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..byk sgt org islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan org buat tikar terbang di klia pun xde org islam yg menghalang...hingga 1 dunia tgk kebodohan dan kesyirikan yg berlaku di negara kita...lihat dgn mata hati...itu penghinaan Allah pada kita.
Waspada strok haba ketika cuaca panas dan kering
Subject: Waspada Strok Haba Ketika Cuaca Panas & Kering
Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini terutamanya bagi bayi, kanak kanak dan warga emas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
__._,_.___
Kesan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia
| Kesan Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia Dilulus untuk paparan oleh Juragan tranungkite.net |
Memang benar, seperti yang Yanz nyatakan di atas tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit. Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya terdapat juga keburukannya jika kita terlebih tidur.
Apa yang menyebabkan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
- Penyebab Terlebih Tidur Pertama – Sleep apnea : jenis gangguan tidur di mana orang berhenti bernafas seketika ketika tidur yang membuatkan penghidapnya merasa tidak cukup tidur dan akan tidur lebih lama kerana tidurnya tidak berkualiti. Pengidap akan merasa letih dan tidak segar walaupun sudah tidur lebih dari 10 jam. Gangguan pernafasan terjadi kerana dinding kerongkong berhenti beroperasi ketika penghidap sedang tidur. Akibatnya, aliran udara di dalam tubuh terhenti sehingga penghidap terkejut dan bernafas semula.
- Penyebab Terlebih Tidur Ke-2 - Narcolepsy : masalah neurologis juga penyebab tidur berlebihan. Narcolepsy memengaruhi bahagian otak yang mengawal tidur. Penghidap narcolepsy ini gagal untuk menetapkan dimana dan bila waktu sesuai untuk tidur. Oleh itu dia akan tertidur dimana shaja dan bila-bila msa sahaja
- Penyebab Terlebih Tidur Pertama ke-3 - Stres dan Tekanan : Kedua-dua perkara ini memang mengganggu jiwa, pemikiran dan mental penghidapnya, sehingga terganggunya tidurnya dan salah satu terjadi oversleeping.
- Penyebab Terlebih Tidur Pertama - Keletihan : Keletihan akibat terlalu kuat bekerja, gangguan waktu tidur, hamil atau kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab utama oversleeping ini. Jika seseorang itu terlalu letih, dia tentu akan memutuskan akan tidur lebih lama, malah kadang-kadang lebih 9 jam. Ini kerana kononnya lebih tidur badan akan segar kembali.
Apakah kesan dari masalah terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
- Kesan terlebih tidur Pertama – Diabetes : Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.
- Kesan terlebih tidur ke-2 - Penyakit jantung : Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
- Kesan terlebih tidur ke-3 - Cepat lupa : Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.
- Kesan terlebih tidur ke-4 - Kemurungan : Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.
- Kesan terlebih tidur ke-5 - Sakit belakang : Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.
- Kesan terlebih tidur ke-6 - Obesiti : Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.
- Kesan terlebih tidur ke-7 - Kematian : Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.
- Kesan terlebih tidur ke-8 - Menjadi kurang menarik : Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
Apakah Tips mengatasi Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
- Pilih nada dering atau suara jam tidur yang tepat. Memilih suara yang tepat penting bermaksud supaya apabila anda bangun anda akan sedar dan lebih segar
- Jangan suga mengamalkan tidur-tidur ayam atau curi-curi tidur. Pilih lah masa sesuai untuk tidur, biar sebentar tetapi berkualiti.
- Jadualkan waktu tidur anda. Amalkan tidur pada setiap masa yang sama setiap hari. Oleh itu tubuh akan dapat diprogramkan bila waktu rehat dan waktu bekerja.
- Jika terpaksa menghadiri aktiviti pada waktu malam, sila atur semula jadual tidur anda supaya tidak mengganggu tugas anda ke esokkan harinya.
- Berjumpalah doktor yang di iktiraf dan berbincanglah masalah anda ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)