Petua Memasak Sambal Tumis
Untuk Nasi Lemak
Bahan:
a. Segenggam ikan bilis (digoreng)
b. 2 biji bawang merah (ditumbuk)
c. 1 biji bawang putih (ditumbuk)
d. Cili kering (dikisar)
e. Air asam jawa
f. Minyak 1 labu
g. Bawang besar (dikisar halus)
h. Belacan
i. Gula
j. Garam
Cara Penyediaan:
1. Minyak dipanaskan dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Sesudah naik bau dan kekuningan, masukkan cili serta bawang besar yang dikisar halus + gula + garam + belacan dan air asam.
2. Masak hingga cili masak sampai timbul minyak, baharulah masukkan ikan bilis yang digoreng.
NOTA: Petua kesedapan sambal tumis terletak pada bawang besar yang dikisar.
Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Showing posts with label sambal nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label sambal nasi lemak. Show all posts
Tuesday, September 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)