Bahagia bermula di hati. Kita kahwin bahagia. Tak Kahwin kerana takdir juga bahagia. Memiliki anak atau tidak ada anak tetap bahagia. Kaya atau miskin. Disanjung atau di pandang rendah..tetap bahagia...
Kita berlari, kita berjalan, kita melalui pelbagai perubahan dalam hidup ini..kita fikir apa yang nak kita fikir..akhirnya kita cuma nak bahagia dalam hidup ini...cuma bahagia...benar-benar bahagia..
Kita lihat ramai orang yang memiliki segalanya dan segala yang mereka inginkan. Dan kita nak dapat apa yang mereka dapat. Untungnya, bestnya jadi macam mereka..Tapi mereka yang mempunyai segalanya selalu bertanya apa lagi yang kurang dalam hidup ini? Kenapa belum bahagia..
Mereka habiskan puluhan tahun untuk dapatkan semua itu. Bukan salah untuk memiliki segalanya. Tetapi rugi melalui hidup ini tanpa merasai bahagia setiap hari yakni dengan mengenal tuhan..Mengenal Allah.
Hakikat sebenarnya bahagia dari Allah..
Kita tak adil dalam tafsir bahagia. Tafsirlah apapun..hakikatnya Bahagia milik sesiapa pun yang mengenal Tuhan.Mengenal Allah..walaupun dia tak memiliki dan tidak dapat apa yang dia nak...walaupun dunia ini memandang rendah kepadanya. Kerana dulu, kini, selamanya tiada yang boleh beri bahagia melainkan Allah...-ebit lew
No comments:
Post a Comment