Saturday, August 16, 2014

Tazkirah hari ini 60:Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Coretan Ustaz Ebit lew (11)



Terkesan dengar kawan saya ceritakan pengalaman isterinya bersalin di hospital kerajaan baru-baru ini kepada saya dan seorang lagi yang akan menimang cahaya mata bagaimana berusaha dia dan isterinya berusaha menjaga auratnya.
Katanya dia dan isteri berdoa dan sentiasa bersama-sama tawajuh supaya dapat doktor wanita dan hanya wanita yang menguruskan. Baca yassin setiap pagi dan doa dalam tahajud.
Isterinya yang memakai purdah. Masuk selepas asar ke hospital kerana rasa sakit. Bila sampai doktor lelaki datang. Dia masih memakai purdah. Suaminya kata, maaf doktor isteri saya tidak boleh di lihat oleh lelaki. Saya benar-benar memerlukan doktor wanita.
Datang beberapa jururawat marah dan kata kami cubalah. Tapi payah memang doktor lelaki jer rasanya. Kalau tak saya tak uruskan pendaftaran awak ni katanya..
Suaminya jawab. Saya bukan nak, tapi mesti. Jika doktor lelaki juga beritahu saya kerana saya yang akan buat keputusan kerana ini soal hukum Allah yang besar.
Jawab seorang nurse, biarlah kita boikot jer isteri awak ni.
Sehingga malam masih tiada siapa yang cek. Sepanjang malam bertambah sakit tapi isteri tetap tidak mahu doktor lelaki periksa. Dia berdoa dan berdoa. Suaminya solat dan berdoa.
Akhirnya datang doktor praktikal wanita tolong cek isterinya. Itupun setelah nurse yang senior mengarahkannya.
Esoknya sebelum Subuh datang seorang doktor lelaki cina bukan Muslim dan bersama pembantu lelaki tolak ke bilik bersalin. Kata doktor lelaki cina itu, semua lelaki keluar dari bilik ini kerana tanggungjawab kita membantu menjaga auratnya.
Syukur Allah izinkan anaknya dapat bersalin dengan selamat dan Allah mudahkan doktor wanita buatnya dan dapat menjaga perintah Allah....
Ya Allah mudahkanlah semua aturan di Malaysia buat wanita Islam bersalin disambut oleh doktor wanita juga. Ya Allah berilah mereka yang bersalin dapat dilayan dengan baik oleh suami dan kakitangan hospital. Ya Allah berilah rahmat mencurah-curah kepada doktor dan nurse yang berkorban dalam memberi layanan yang baik dan mengikut syariat kepada orang bersalin. Ya Allah sedarkan mereka yang buat keputusan untuk mengaturkan doktor wanita buat wanita. Ya Allah terima dan redhalah atas kami semua-ebit lew www.keluargasunnah.com dijemput semua 14 september 2014 di upm

Status Dr Abu Anas Madani!

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Telah tersebar qasidah yang berbunyi:
Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.
Apa maksud Madad?
• مَدَد (ج. أَمْدَاد)[اسم] عون
[n] help, aid
• إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة
[n/src] help, assistance
[اسم\مص.] تزويد
[n/src] equipping, providing
Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.
Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:
Fatwa Islamweb.net
Fatwa no: 230005
Tajuk:
حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة
Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)
Soalan:
ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟
Apakah hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?
وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه، فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.
Fatwa No: 41011
ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟
Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع.
Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hambaNya untuk menyembahNya dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah, tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepadanya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.
روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].
وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.
Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.
وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluknya dengan membuatkan mereka hidup di sisiNya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki. [Ali 'Imran : 169]. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.
ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه.
والله أعلم.
Tetapi hidupnya tidak bermaksud baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.

Kelangsungan hidup selepas penceraian

SABAN hari saya masih lagi menerima banyak kes yang melibatkan perceraian. Ia sama ada melalui permohonan cerai di mahkamah syariah atau melalui lafaz cerai oleh pihak suami di luar mahkamah.
Kedua-dua bentuk perceraian tersebut mempunyai prosedur yang tersendiri dan pasangan yang hendak bercerai hendaklah mengambil tahu tentang prosedur yang telah ditetapkan undang-undang.
Peruntukan undang-undang dan prosedur ini bertujuan untuk mengawal berlakunya perceraian di luar mahkamah.
Ia juga berfungsi untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat, terutamanya wanita, selepas berlaku perceraian.
Selain itu, ia berperanan dalam mengurangkan kadar perceraian dengan melaksanakan usaha perdamaian kedua-dua pasangan bertelagah melalui proses yang telah ditentukan oleh undang-undang.
Permohonan
Undang-undang Islam memperuntukkan bahawa jika suami atau isteri ingin bercerai, salah seorang daripada mereka boleh membuat permohonan di mahkamah syariah mengikut borang yang telah diperuntukkan.
Perceraian ini disebut sebagai perceraian melalui persetujuan bersama. Adalah diharapkan melalui kaedah ini, setiap pasangan boleh berbincang tentang proses perceraian tersebut secara baik.
Di samping itu, mereka juga boleh berbincang mengenai persetujuan yang boleh dicapai terutamanya yang berkaitan hak penjagaan dan nafkah anak, nafkah iddah, bayaran mut'ah dan juga pembahagian harta jika ada.
Persetujuan yang dicapai melalui kaedah ini mempunyai beberapa faedah. Antaranya, menjimatkan masa membuat tuntutan di mahkamah dan mengelakkan prosiding mahkamah yang panjang jika semua tuntutan itu hendak dibuat secara berasingan.
Kedua-dua pihak suami dan isteri juga tidak perlu untuk bercakap tentang keburukan dan keaiban pasangan masing-masing yang kebiasaannya menjadi punca kepada pertelingkahan yang berpanjangan.

HAK penjagaan anak-anak sering menjadi isu utama jika berlaku perceraian. - Gambar hiasan


Situasi tersebut sekali gus boleh menjejaskan kualiti dan kelangsungan kehidupan berkeluarga selepas bercerai kelak.
Justeru, adalah penting bagi pasangan yang bercerai mencapai tahap rasional yang tinggi supaya tindakan yang dilakukan bukan berdasarkan emosi semata-mata.
Mengikut kajian yang telah dilakukan, perceraian secara baik dapat mengurangkan risiko negatif dalam kalangan kanak-kanak terutamanya dari aspek perkembangan emosi mereka.
Ini boleh diperbaiki lagi jika ibu bapa yang telah bercerai meneruskan hubungan yang baik dengan anak-anak.
Salah faham
Kegiatan kekeluargaan yang kebiasaan dilakukan sebelum bercerai seperti membeli-belah bersama atau bersiar-siar adalah sangat digalakkan dan diteruskan dengan adab-adab yang sesuai.
Malangnya budaya ini tidak difahami oleh kebanyakan pasangan yang bercerai kerana merasakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.
Kesannya, ibu atau bapa yang tidak mendapat hak jagaan anak akan terpisah secara fizikal dan terputus hubungan kasih sayang dengan anak-anak.
Daripada kajian yang telah dilakukan di Barat, bapa yang tidak mendapat jagaan dan gagal melawat anak mereka besar kemungkinan akan diabaikan oleh anak mereka.
Oleh itu, salah faham tentang perceraian ini perlu diperbetulkan supaya masyarakat boleh menerima hakikat perceraian dengan lebih positif dan turut memainkan peranan keibubapaan walaupun telah bercerai.
Sokongan keluarga melalui kaunseling dapat membantu pasangan yang telah berpisah menguruskan hubungan secara baik sebagaimana yang telah diamalkan di negara-negara maju.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3AVRJ3GBi 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 15, 2014

Hilangkan Bau Dan Lendir Ayam

Tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk membersihkan ayam, tambah pula jika ibu muda. Kena ayam yang jenis berlendiri, lagi pening kepala ibu-ibu.

Namun ada cara mudah yang anda boleh cuba apabila berdepan dengan masalah lendir.

Bagi menghilangkan bau dan lendir ayam, ayam hendaklah dipotong terlebih dahulu dan rendamkan dengan sedikit cuka buat seketika.

Kemudian basuh ayam seperti biasa dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Anda bolehlah menyediakan masakan ayam seperti biasa.

tazkirah hari ini 59:USTAZ FAWWAZ MD JAN 17/7/2014

takzirah hari ini 58:12-07-2014 Ustaz Azam Abdullah: Tanda Allah membenci hambanya

tazkirah hari ini 57:09-07-2014 Dr.Asri Zainul Abidin: Faktor Kemustajaban Doa

coretan ustaz ebit lew (10)



Seorang lelaki telefon saya tengah malam. Ajak saya jumpa di kedai makan dekat dengan sebuah hospital. Saya kenal beliau. Dia menangis dan susah nak bercakap kerana sedih.
Saya tanya kenapa? Jawabnya saya berdosa pada isteri saya ustaz. Saya kasihan tengok dia bersalin tadi. Dia menjerit sakit. Agaknya sebab dosa saya. Itu jer yang saya bayangkan. Anak pertama saya. Ada amalan apa-apa supaya saya dapat ringankan beban isteri saya..
Ustaz kenal saya. Saya orang jahat. Ustaz tahu saya macam mana. Allah maafkan saya tak ustaz..ustaz ajar saya amalan..
Allah sayang saudara ni. Betul lah, saya pun rasa sama macam macam tu . Allah sendiri yang cerita pengorbanan wanita. Kerana tu kita kena ingat ibu yang terlalu banyak korban buat kita. 3 kali utamanya ibu dari ayah..sayang wanita dalam hidup kita dan isteri kita. Ibu, ibu mertua, dan isteri kita.
Saya sendiri akan menangis dan benar-benar jatuh cinta masa melihat isteri bersalin. Saya pernah lihat bersalin normal dan czer. Allah jer yang tahu penderitaan kedua-duanya. Normal kita dengar jeritan dan suasana panik dan wajah isteri yang begitu sakit. Czer kita tak tahan tengok entah berapa lapisan . Ya Allah memang tak sanggup tengok perut orang kita sayang dibelah, dijahit...dibuka dan ditutup..
Berilah khidmat terbaik buat isteri. Itulah amalan yang sangat mulia. Abang bayangkan seorang bekas wanita pelacur yang beri makan anjing dari kasutnya menjadi sebab Allah ampunkan masukkannya dalam syurga..inikan pula kita beri khidmat pada ahli keluarga kita.
Isteri kita yang melahirkan anak buat kita. Teman hidup kita. Berilah khidmat dengan terbaik.
Layan dia seperti permaisuri...dukung, papah dia jika perlu.
Buat air dan sediakan makanan buatnya. Sekali sekala suapkan makanan padanya..bantu dia di bilik air.
Belajar mandikan anak.
Tolong tukar pampers baby Uruskan isteri dan baby.
Pegang tangan isteri ucap terima kasih kerana berkorban..
Jaga solat berjemaah di masjid sebab kita akan bawa rahmat Allah. Rahmat Allah mencurah-curah dari masjid ke rumah kita.
Baca Al-Quran dan hadis bersama isteri dan anak-anak. Dengarkan pada mereka..
Banyak bertaubat pada Allah. Allah sayang kita. Bila benar-benar kita sedar dan insaf dan tidak mahu ulang kejahatan kita, Allah ampunkan semua dosa kita.
Lihatlah kasih sayang Allah. Hargailah ini semua semasa ianya bernilai. Hidup ini sangat singkat tapi sangat bermakna .. www.keluargasunnah.comebit lew dijemput keluargasunnah 14 september di upm

PEREMPUAN JADI PEMIMPIN oleh prof.dr maza

PEREMPUAN JADI PEMIMPIN
Saya tidak pernah kata setuju YB Wan Azizah jadi MB Selangor. Ada BEBERAPA sebab lain untuk beliau TIDAK menjadi pilihan.
Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh jadi MB menurut Islam.Bahkan mereka kata dalam semua urusan.
Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri perlu dinilai semua.
Alasan mereka yang melarang ialah hadis Abu Bakrah:
لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً
"Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" (Riwayat al-Bukhari dll)
Pertama: Hadis ini mempunyai sabab wurud (text and context) yang tersendiri seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani. Maka hadis berkaitan dengannya.
Kedua: Rawi sahabi iaitu Abu Bakrah menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpanan Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman di zaman pemerintahan 'Ali sedangkan sahabat yang lain yang lebih besar seperti Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair Ibn al-'Awwam (keduanya antara sepuluh yang dijamin syurga) dan lain-lain tetap bersama 'Aishah dan tidak menjadikan hadis ini alasan. 'Ali juga tidak menggunakan hadis ini sebagai hujah beliau.
Ketiga: Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.
Keempat: Al-Quran dalam Surah al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba yang disebut dalam riwayat yahudi ataupun israiliyyat dengan nama Balqis. Kebijaksaannya mengatasi menteri-menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman a.s. Ia bukti kejayaan wanita.
Kelima: Walaupun ada perbincangan sanad (yang ada), namun para ulama besar dan banyak kitab-kitab tarajum sepanjang sejarah meriwayat athar bahawa 'Umar bin al-Khattab telah melantik Syifa binti 'Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.
Keenam: Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki.