Sunday, June 1, 2014

Mengurangkan Rasa Pedas Cili

Bagaimana hendak mengurangkan rasa pedas di dalam masakan bercili, contohnya sambal nasi lemak , sambal tumis ikan atau ayam?  Berikut ada panduan yang boleh anda cuba.

Cili kering yang lebih keriting adalah jenis yang lebih pedas jika dibandingkan dengan cili kering yang bentuknya masih seperti cili biasa dan berkulit licin. Pastikan anda membuang bijinya sebelum dikisar kerana jika banyak biji, pedasnya akan bertambah. Seelok-eloknya, gunting menyerong, buangkan biji dan rendam di dalam air panas hingga lembut.  Buang juga biji yang mendap di dalam rendaman itu. Jika suka, bolehlah tambahkan 2-3 tangkai cili merah (juga dibuang bijinya) ke dalam cili kering yang dikisar dengan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.

Kadang kala, masakan bercili benar-benar pedas kerana keseimbangan antara manis dan masamnya tidak kena. Dalam soal ini, memang baik anda menambah air asam jawa atau asam gelugur ke dalam masakan. Jika inginkan sambal anda merah, boleh juga digantikan dengan air asam jawa dengan sos tomato atau sos cili atau ½ camt tomato puri. Sememangnya setiap jenis  sambal mesti dibubuh gula agar rasanya lebih seimbang dan menyelerakan.

Jika anda suka, boleh gantikan dengan gula merah (memberi warna agak berbeza untuk sambal). Perlu diingat, jangan sekali-kali  menambah serbuk lada putih atau hitam ke dalam masakan bercili kerana ini benar-benar akan membuatkan anda terlalu pedas!  Mungkin anda juga perasan , jika sambal anda terlalu pedas, apabila disimpan semalaman di dalam peti sejuk, kemudian dipanaskan keesokannya, rasa pedasnya akan hilang. 

Thursday, May 29, 2014

Petua Orang Lama Untuk Wajah Kelihatan Menarik



Petua Orang Lama Untuk Wajah Kelihatan Menarik
1. Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2. Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3. Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

Petua Psikologi Untuk Menghilangkan Sifat Malas

Petua Psikologi Untuk Menghilangkan Sifat Malas
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?
2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ia bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap begini.
3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda untuk meneruskannya.
4. Bayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda.
5. Senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi, tuliskan sebab itu.

Petua Melayu Lama Untuk Mengatasi Ketumbit

Petua Melayu Lama Untuk Mengatasi Ketumbit
Ambil sepanjang 20 atau 30 sentimeter benang hitam. Jadikan 2 lembar dan lilit di jari tangan kanan atau kiri. Kalau ketumbit tumbuh di mata kiri, ikat di jari manis tangan kanan. Begitulah sebaliknya, dan selawat setiap lilitan. Lakukan 3 tiga kali lilit dan ikat simpul mati. Biarkan lilitan itu di jari anda hingga mata terasa reda dan pulih seperti sediakala.