RESEPI; NASI GORENG TOM YAM / "KHAO PAD TOM YUM".
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi. (sila baca penyediaan nasi goreng posting mamak haji).
- 5 tangkai cili kering.
- 4 - 6 cili padi merah.
- 2 sudu besar serai dihiris. Ambil bahagian putih saja.
- 2 sudu besar lengkuas dihiris.
- 4 helai daun limau purut, dibuang tulang tengah dan dihiris.
- 2 sudu pes Nam Prik (sila baca posting mamak haji cara penyediaan).
- 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
- 1/2 cawan sayuran anda suka..lada bengala hijau dipotong dadu.
- 2 sudu besar sos ikan.
- 2 sudu besar jus limau nipis.
- 1 cawan isi daging dipotong kiub/ isi udang yang telah buang garis hitam di tengah.
- 3 sudu besar minyak masak.
- sedikit daun ketumbar, tomato, dan hirisan timun untuk hiasan.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cara menyediakan pes cili - kerat serong cili, rebus selama 10 minit. Bila sejuk, perah cili untu keluarkan air. Tumbuk cili ini bersama dengan cili api.
2. Panaskan minyak, masukan pes cili yang telah sediakan, Nam Prik Pao, serai, lengkuas, daun limau purut dan goreng sekejap. Masukkan bawang hiris. Goreng layu bawang. Masukan sayuran goreng selama 3-4 minit.
3. Masukkan udang segar atau daging ayam dan goreng dengan api kecil. Goreng hingga masak 3/4.
4. Masukkan nasi dan besarkan sedikit api dapur. Masukkan sos ikan untuk keasinan. Jika kurang tambahkan 1/2 sudu kecil lagi sos ikan. Di akhir gorengan masukkan jus limau nipis. Goreng 1-2 minit..angkat dan hidangkan.
Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Monday, February 10, 2014
PES NAM PRIK PAO oleh mamak haji
PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
3/4 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
Kiub Belacan basah satu inci X satu inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil.
5. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.
TIP-TIP MASAKAN TOM YAM:
1. Dalam masakan ini, sukatan perencah-perencah masakan guna "Hukum Ibu Jari". Sekiranya gunakan dua cawan air untuk membuat sup tom yam, gunakan 1 helai daun limau purut, 2-3 keping lengkuas segar dan 1 inci panjang serai. Dharabkan saja sekiranya gunakan lebih dari dua cawan kesemua perencah tersebut.
2. Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak.Menggunakan jus lemon dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia tenggara. Gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda.
3. Masukkan jus limau nipis, cili api (cabai burung) yang segar, daun saderi(cilantaro) atau daun bawang atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegeran haruman bahan-bahan tersebut.
4. Sukatan bagi sos ikan Thai, jus limau dan cili padi bagi setiap 1 cawan air 2 sudu besar.
5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren. Warna adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh. Pes ini juga memberi aroma ynag amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih, halia dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee.

Wednesday, February 5, 2014
Apple Fritters
Granny's Apple Fritters
3 cups flour
2 tsp. baking powder
½ tsp. salt
1 cup sugar
1 egg, lightly beaten
4 Tbs. Cooking oil
1 tsp. vanilla extract
1/3 cup orange or lemon juice
2 cups chopped apple
Preheat oil to 375 degrees F. Combine flour, baking powder, salt and sugar; set aside. Combine egg, cooking oil and vanilla. Combine dry and liquid ingredients and stir to blend thoroughly. Mix juice and apples, mix well. Add to mixture, blend well.
Drop from teaspoon into hot oil. (Basket should already be lowered into oil.) Fry about 2 minutes or until crisp and very brown. Remove from oil and drain on paper towel.
Dust with powdered sugar or a mixture of sugar and cinnamon and serve.
Or drizzle with glaze: 2 cups powdered sugar, splash vanilla and 1 ½ Tbsp milk adding milk a little at a time until consistency is good for drizzling.
source: Granny favourite cookbook

Mee Goreng Mamak oleh mamak haji
RESEPI MEE GORENG MAMAK: Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak: Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus: 1/2 kg kacang tanah. 150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing. 100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos. 1 genggam kacang dhal (paruppu). 4 ulas bawang putih. 100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng). CARA-CARA PENYEDIAAN: 1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi. 2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini: - 3 sudu besar (tbsp) gula. - 2 Sudu besar sos cili. - 2 Sudu besar sos tomato. - sedikit air asam jawa, dan garam. Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai. RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE: 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok. 1 cekak mee kuning. Sedikit taugeh. 1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1". 1 biji telur. 1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang. 2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris. 1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee. dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah). CARA-CARA PENYEDIAAN: Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha). Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit. Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
Thursday, January 30, 2014
Jus Kurma
air minuman yg berkhasiat...JUS KURMA..simple tp bnyk khasiatnya ...
Bahan~
20 biji Kurma
2 gelas air
1 sudu madu
Cara~
~ Rebus kan dulu kurma ke dalam 2 gelas air tadi sehingga kembang
~ Kemudian ditapiskan ke dalam gelas
~ Masukan sesudu madu kedalam gelas..
* Boleh diminum dgn cara sejuk mahupun panas.

Wednesday, January 29, 2014
Doa Untuk Mengelakkan Racun, Santau dan Penyakit
Doa Untuk Mengelakkan Racun, Santau dan Penyakit
أعُوذُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ
Maksudnya :” Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakannya”.
أعُوذُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ
Maksudnya :” Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakannya”.
Petua Untuk Melebatkan Rambut
Petua Untuk Melebatkan Rambut
Pilihan 1: Apabila anda ingin masak bubur kacang, kacang hijau direndam terlebih dahulu. Air rendaman itu jangan dibuang. Sapukan pada seluruh rambut. Jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.
Pilihan 2: Ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. Tumbuk atau kisar agak kasar. Selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut. Bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Cuci pada sebelah pagi.

Petua Untuk Merapatkan Peranakan
Petua Untuk Merapatkan Peranakan
Bagi wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) selepas bersalin, amalkan memakan ulam bunga lengkuas atau pun campurkan bunga lengkuas dalam setiap hidangan makanan.
Bagi wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) selepas bersalin, amalkan memakan ulam bunga lengkuas atau pun campurkan bunga lengkuas dalam setiap hidangan makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)