Petua Untuk Melebatkan Rambut
Pilihan 1: Apabila anda ingin masak bubur kacang, kacang hijau direndam terlebih dahulu. Air rendaman itu jangan dibuang. Sapukan pada seluruh rambut. Jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.
Pilihan 2: Ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. Tumbuk atau kisar agak kasar. Selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut. Bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Cuci pada sebelah pagi.
No comments:
Post a Comment