Tuesday, December 2, 2014

....SAMBAL BLACAN GORENG....

....SAMBAL BLACAN GORENG....
Goreng semua di bawah hingga layu :
-cili api
-cili besar
-bwng besar
-tomato
-blacan
* Kemudian blend bhn yg digoreng
* Blend guna mnyk yg goreng bhn2 td (jgn guna air utk tahan lama)
*jgn lupa bubuh garam n gula melaka sikit( secukup rasa)
....Sesuai utk yg d asrama atau bg yg nk travel jauh2 tu bole la buat utk bekalan....

Excellent Juice

Khasiat Daun Salad

Khasiat Daun Salad
Kehadiran salad selalaunya sebagai pelengkap hiasan hidangan. Malah selalunya dibiarkan tanpa disentuh. Hakikatnya si hijau segar ini mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan.
Tahukah anda daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
1. Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
3. Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
4. Mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

PES TOMYAM HOMEMADE.

Saya nak share resepi PES TOMYAM HOMEMADE.
RESEPI PES TOMYAM
Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.
P/s
Boleh diguna utk menu Bihun Goreng Tomyam dan Nasi Goreng Tomyam.

PETUA TERCEKIK TULANG IKAN

PETUA TERCEKIK TULANG IKAN
1. Minum air dalam tudung periuk
2. Kalau rasa tercekik tu, time tercekik tu ah, cepat cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan tu akan terlepas
3. Kepal nasi pastu telan
4. Makan pisang
5. Tarik telinga kiri dan kanan. tapi jangan tarik sekuat hati lak. mahu tercabut telinga kang dah satu hal..hehhe..

Doa merawat kencing manis


Jika anda atau kenalan anda sedang mendapat rawatan penyakit kencing manis, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24.
3. dan baca doa merawat kencing manis ini.

Insya-Allah, penyakit kencing manis yang dihadapi akan berkurang beserta dengan rawatan yang diambil.

Petua hilangkan parut di muka

sedikit perkongsian
Petua hilangkan parut di muka...
Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan

Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan
1. Wujudkan kekuasaan anda di pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa jangkaan. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi visible di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh. Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.
2. Kenakan harga pada produk anda dengan wajar. Itu tidak bermaksud anda terpaksa sepit produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.
3. Sentiasa terus berevolusi. Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.
4. Uruskan sokongan anda sebaik-baiknya. Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.
5. Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.
6. Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Timbang kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan keberatan menggunakan poin-poin yang bagus.