Sunday, October 27, 2013

Marry The 7 Types Of Pearls

Marry The 7 Types Of Pearls

1. The Patient
The woman who remains patient in all circumstances, and never whines, moans and complains. When some trouble or affliction hits her, she turns to ALLAH for help.

2. The Protector
The woman who protects her husband’s wealth and her chastity when he is away from home. When he returns, she does not burden him with the day’s problems, but listens attentively to his needs and does her best to take his tiredness away.

3. The Lover
The women who adores her husband and craves for his children to the extent that whenever her husband glances at her, Dua pours for her from the bottom of his heart.

4. The Do-Gooder
The women who has an excellent reputation in society- for being kind, caring & courteous to all. She is good with her neighbours and relatives and never backbites or displays jealousy.

5. The Content
The women who never casts her eyes at material things and is content with whatever little her husband gives her. She is thankful to him for every morsel that he feeds her, every clothe that he gives her,
including the roof over her head. She makes her gratefulness known to him in words and action and thus, soothes her husband’s heart.

6. The Pious
The women who spends much of her day in Dhikr, Tilaawat-e Quran and Salah and her nights in praying Tahajjud and crying to ALLAH for forgiveness. She encourages her husband to give Dawah in his spare time.

7. The Sweet Smiler
The woman who smiles excessively especially when her husband is at home. She always talks gently that it seems that pearls are dripping from her mouth. She never raises her voice while talking to her husband. If her husband is angry with her for some reason and shouts at her, she does not answer him back but maintains a dignified silence. When he has calmed down, she offers him cool water
and apologizes to him even if she wasn’t at fault.

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your [hearts].
[Ar-Rum 30:21]

"A woman is married for four things, that is, her wealth, her family status, her beauty, and her religion. So you should marry the religious woman [otherwise] you will be a loser."

GST lagi...

Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.
Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.
Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.
Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.
Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.
Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.
Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.
Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.
Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.
Apa itu cukai GST?
Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan  atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Apa bezanya SST dan GST?
Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.
Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas ‘jualan dan perkhidmatan’ tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai ‘dikecuali cukai’ (tax-exempt) atau ‘sifar-cukai’ (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.
Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan.  GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.
Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.
Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.
Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.
Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.
Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.
Apakah GST akan membebankan rakyat?
Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.
Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.
Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.
Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?
Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.
Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.
Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.
Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?
Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama ‘Tolak GST 1.0’  dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.
Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.
Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau ‘low-skilled’ dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.
Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.
Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.
Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.
Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.
Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?
Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.
Walaupun GST dikatakan juga sebagai ‘Cukai Penggunaan’  atau ‘Consumption Tax’ atau siapa guna dia bayar atau ‘tak guna tak bayar’ tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.
Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.
Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau ‘Regressive’.
Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?
Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.
Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.
Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?
Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.
Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal”  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.
Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang  mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.
Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa ‘maslahah syariah’  di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras ‘mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. – 20 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bagaimanakah GST lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada

kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Jika dilihat secara kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%)

Tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

Untuk lebih faham, SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan pada setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tapi kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.
• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.
[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.
[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.
Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82!
Dan yg bestnya, sebahagian cukai ini ditanggung rakyat!

Kesimpulannya, kerajaan dapat pendapatan lebih daripada GST kerana menampung difisit fiskal yg makin membarah, manakala rakyat teramai terpaksa menanggung beban hutang yg dibuat oleh kerajaan akibat boros dan tiris dalam berbelanja.

Sumber  dari Dr Dzulkefly Ahmad
ex-MP PAS

Eat spinach


taubat nasuha

SYARAT TAUBAT NASUHA

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

sumber : Madrasah Diniah Bakriah Pondok Terusan Limbat Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Fenugreek


Petua Untuk Mengelakkan Kanser

Petua Untuk Mengelakkan Kanser

1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makan tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan Omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Resipi Laddu..dari mamak haji

RESEPI LADDU:
Laddu atau laddu boondi ini amat masyor dlm masakan ringan manisan istimewa dari benua India..laddu adalah simbolik utk kemakmuran dan juga kemanisan hidup. Maka dlm segala upacara atau maljlis yg gembira..laddu adalah hidangan utama diberikan sebagai tanda hormati tetamu. Mamak haji dulu kahwin pun, bunga telur digantikan dgn hadiah laddu kepada tetamu. Tetapi pemberian laddu dlm majlis kahwin Mamak di Pulau Pinang semakin berkurangan kerana ramai mamak-mamak generasi muda telah menjadi lebih Melayu dlm intergrasi nasional. Ok juga..anak-anak mamak haji pun semuanya kahwin dgn pasangan orang Melayu. Cuma mamak haji saja masih ttinggal sedikit kemamakan dlm rumah dan di luar.

Dalam penyediaan laddu ini ada tiga peringkat. Peringkat pertama..penyediaan penyediaan boondi, peringkat kedua penyediaan sira gula dan peringkat ketiga penyediaan laddu. Untuk memudahkan mamak haji pecahkan tiga bahagian ini yea. Mungkin panjang penjelasan nanti tapi ia berbaloi.

A. PENYEDIAAN BOONDI atau kerepek laddu.
Bahan-Bahan yg diperlukan:
- 1 1/2 cawan tepung kacang kuda (gram dahl).
- 1 1/2 cawan air.
- 1/2 sudu soda bicarbonat/ soda masakan.
- secubit garam.
- sedikit pewarna kuning telur atau merah oren.

B.PENYEDIAAN SIRA GULA.
Bahan-bahan yg diperlukan:
- 1 3/4 cawan gula.
- 3/4 cawan dan 2 susu besar air.

CARA PENYEDIAAN SIRA GULA:
Masak air gula kacau sebatikan gula dan air. Bila dah masak menjadi sira gula, ketepikan.

C. BAHAN-BAHAN SAMPINGAN.
- 1/2 sudu kecil serbuk buah pelaga hijau (tumbuk halus).
- 2 sudu besar biji janggus di goreng dan di belah dua.

CARA PENYEDIAAN BOONDI:
1. Masukkan tepung kedalam bekas. Masukan soda dan garam, gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan adunan pekat seperti tepung roti sorai. Masukkan pewarna.
3. Dalam jadikan tepung ini jadi boondi kita perlukan acuan berlubang sama seperti penceduk ikan yg berlubang kecil.
4. Panaskan minyak secukup, pegang acuan itu 2-3 inci di atas paras minyak. Tuang adunan tepung ke atas acuan. Tepung akan meleleh dgn sendiri kedalam lubang acuan dan jadikan ia seperti titisan. Titisan tepung ini akan kembang bulat kecil-kecil. Bila warna bertukar keemasan dan agak ranggup, kelaurkan boondi ini dan tapiskan minyak berlebihan dgn kertas tisu dapur. Masukkan dalam sira gula yg telah sediakan yang masih panas suam.
5. Sambung semula gorengan boondi sehingga habis keseluruhan adunan tepung dam masukan kedalam sira gula yg telah sediakan.
6. Masukkan serbuak buah pelaga dan juga biji janggus. Kacau adunan ini dan biarkan selama 1-2 jam.
7. Dengan garpu pecahkan sebahagian boondi ini dan sapukan sedikit minyak dipermukaan tapak tangan dan mula jadikan bebola laddu saiz yang kehendaki. Anda boleh dapat 15 biji laddu yg cantik.
Nota: Dlm segala keadaan sira gula perlu berada dalam panas suam dan semasa goreng boondi, tentukan minyak perlu panas.. itu saja.
 

Garam oh garam!

Dipetik dari catatan Shariffalhabsi Bilmarani 

Buat chef2, suri rumahtangga dan sesiapa sahaja yang suka masak atau menjaga kesihatan, ini cara yang betul menggunakan garam dan juga untuk rawatan kesihatan mengikuti cara rasulullah. 


Kita disogokkan dengan fakta palsu yang menyatakan kalau ambik garam lebih boleh kena drh tinggi (ini protokol yahudi)


Kembali kepada cara hidup nabi. Sebelum makan nabi LETAKKAN SECUBIT GARAM DI LIDAH UNTUK ELAKKAN SANTAU dan tapis makanan yang akan di makan apabila sampai di tempat baru.

Nabi ambik garam dahulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru dan juga untuk membolehkan balance balik sistem tubuh kita.


Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampurkan dengan garam terutamanya apabila terkena sihir dan santau. Kenapa? Ini adalah kerana Allah dah ciptakan garam sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga untuk membuang unsur2 negatif.

Pengamalan pengamal perubatan islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

Garam juga adalah unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita. Ini sunnah kita.

TAPI GARAM BOLEH ROSAK APABILA DIMASAK ATAU BERTINDAKBALAS DENGAN SUHU TINGGI/PANAS.

Oleh itu kalau nak masak, gunakan garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur. Tutup api dan BIARKAN SUHU TURUN DAHULU KEMUDIANNYA BARULAH LETAKKAN GARAM.

Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat.

Kenapa bubuh garam masa nak makan? nak tahu sebabnya? Sebabnya garam ada sodium dan potassium. Tubuh kita pula perlukan potassium lebih. Kalau kita panaskan garam pada suhu tinggi jawabnya yang hanya tinggal adalah sodium sahaja kerana potassium rosak dalam suhu panas. Sebab itulah kena darah tinggi.

Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah rasulullah s.a.wasallam mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.
******
Sahabatku shariffalhabsi bilmarani
Terimakasih diatas catatan anda. Sungguh bermenafaat ilmu yang anda sampaikan. Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas perkongsian yang cukup bermenafaat ini. Jazakallahu khairan kasyiira

homemade rempah kari ikan mamak haji..

 1/2 cawan biji ketumbar.
- 2 sudu kecil biji jintan putih.
- 3 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu kecil lada putih.
- 5-7 tangkai cili kering.
- 1/2 sudu besar biji sawi (boleh kurangkan). 
- 1/4 sudu kecil halba.
- 15 - 20 helai daun kari.
- 1 sudu kecil halia kering.
- 2 kpg kayu manis 3".
- 10 biji bunga cengkih.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng kering semua rempah ini berasingan selama 5-6 minit atau sehingga bau haruman terkeluar.
2. Ketumbar, halba dan biji sawi akan meletup sekiranya cukup gorengannya.
3. Jangan goreng serbuk kunyit dan halia kering.
4. Biarkan rempah ini sejuk..dan kisar halus.

Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan



Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan

Bahan-Bahan:
1 biji epal
Daun saleri

1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.