Showing posts with label hafazan. Show all posts
Showing posts with label hafazan. Show all posts

Monday, August 10, 2015

10 tips agar anak usia 5 tahun hafal Al-Quran

10 tips agar anak usia 5 tahun hafal Al-Quran
10 tips ini didedahkan oleh seorang ayah yang anaknya telah hafal Al-Quran pada usia 5 tahun. Ayah tersebut tidak lain adalah ayah Musa, La Ode Abu Hanafi.Musa merupakan salah seorang peserta Hafiz Indonesia RCTI yang istimewa. Ustaz Amir Faishol Fath selaku juri sangat kagum terhadapnya. Masih kecil tapi hafalannya laksana komputer. Beliau pun sempat mencium tangan Musa.Musa juga sempat mengikuti lomba hafalan Al Qur'an di Arab Saudi. Banyak warga Saudi yang takjub dengan kemampuan Musa. Sebagai bentuk apresiasi dan penghormatan kepada penghafal Al-Quran, mereka meminta Musa tinggal di Arab Saudi.Bagaimana rahsia agar anak usia 5 tahun boleh hafal Al Qur'an? Berikut ini 10 tips dari ayah Musa:1. Cari isteri solehah2. Tegakkan amar makruf nahi mungkar kepada anak, walaupun masih kecil3. Jauhkan dari muzik dan tontonan yang merosakkan4. Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak5. Tanamkan siapa ahlus shalah dan siapa ahlu maksiat6. Orang tua harus menjadi contoh anak7. Orang tua ketika amar makruf nahi mungkar harus ada rasa tega diri mereka kepada anak-anak8. Tentukan jadual anak seketat mungkin, pada bila-bila belajar, makan, mandi, main dan orang tua harus istiqamah, jangan diremehkan dan dilanggar9. Jangan terlalu mempedulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita10. Meskipun ada ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap memperlihatkan kelembutan kepada anak[Syaifullah / Bersamadakwah]

Tuesday, August 27, 2013

Petua Menguatkan Hafazan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Admin ingin kongsikan sedikit tips yang diberi oleh Ustaz Abu Hassan Din al-Hafiz

Petua Menguatkan Hafazan

- Mulakan dengan berSelawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم sebanyak 3 kali atau paling kurang 1 kali

- Baca Surah Al-Syarh (Alam Nasyhrah) sebanyak 1 kali.

- Baca Surah Al-’Ala dari ayat 1 – 6, pada ayat yang ke-5 letakkan tangan kanan di atas jantung (dada sebelah kiri). Bacakan ayat ke-6 kemudian hembuskan pada tangan, kemudian tekupkan ke dada kiri. Ulang sebanyak 3 kali.

- Sudahi dengan Selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم sebanyak 1 kali
Langkah-langkah di atas hendaklah dilakukan selepas selesai solat sunat sebelum solat Subuh.



Sumber:Satu hari satu ayat alquran.