Showing posts with label dividen. Show all posts
Showing posts with label dividen. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Sembang niaga(9) Status FB puan ainon

Bagaimanakah dividen dibayarkan kepada pelabur?
+ Mula-mula akaun syarikat mesti disusun. Kita mahu tahu berapa untung, berapa rugi. Kalau untung baru ada dividen.
+ Kemudian akaun itu mesti diaudit. Kalau akaun tidak diaudit, jangan-jangan akaun itu akaun tipu!
+ Selepas diaudit, jika ada untung, tak boleh terus bayar dividen. Wajib bayar cukai LHDN dahulu.
+ Sudah dibayar cukai LHDN, mesyuarat ALP kena bersetuju berapa banyak daripada keuntungan itu yang hendak disimpan oleh syarikat untuk dilaburkan semula supaya bisnes syarikat berkembang.
+ Selepas ditolak jumlah retained earning itu, bakinya baru boleh dikeluarkan sebagai dividen.
Gitu.....