Tuesday, September 8, 2015

Sembang Niaga (27) bersama Puan Ainon

Strategi mengembangkan bisnes....
Apabila kita menjalankan bisnes, kita kena ada 'growth strategy', yakni strategi bagaimana bisnes kita mahu dikembangkan.
Growth strategy wajib dibuat oleh CEO. Kalau kita yang menguruskan syarikat, kitalah CEO itu.
...
.
Katakanlah, kita sekarang membuat dan menjual jubah. Apa growth strategy bisnes kita untuk 5 tahun akan datang?
+ Keluarkan lebih banyak jubah? Besarkan kilang pengeluaran jubah kita? Beli lebih banyak mesin? Ambil lebih banyak pekerja?
+ Keluarkan produk-produk lain, bukan jubah sahaja? Keluarkan tudung? Keluarkan telekung? Keluarkan baju kurung?
+ Keluar dari bisnes jubah? Jual bisnes sekarang? Buka bisnes baru? Terokai sektor baru? Import tekstil? Jual tekstil?
Atau apa?
.

No comments: