Sunday, January 25, 2015

Resipi homemade kicap sos ikan oleh mamak haji

RESEPI: KICAP SOS IKAN BUAT SENDIRI.
Bahan-bahan:
- 1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
- 5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar.
- 1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
- 5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
- 2 sudu kecil biji lada hitam.
- 1 - 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai kot?. Tapi jangan bubuh pulak obat anti-klorin untuk aqurium bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak kebawah..ambil air diatas saja..ok.
- 1 tsp garam.
cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan sekurang-kurangnya paras ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunakan sos ini utk 4-6 bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalau beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan...tak caya try..

No comments: