Friday, June 27, 2014

Segarkan Udara Dapur

Ruang di bahagian dapur lazimnya terdedah dengan bau yang kurang menyenangkan. Ini berikutan kerana dapur adalah ruang memasak dan menyebabkan bermacam-macam jenis bau yang terbit.

Lebih menyengit sekiranya anda penggemar masakan yang menggunakan belacan. Tentu bau dapur terus melekat dengan bahan itu!  Kepada mereka yang mempunyai vakum udara, dapatlah membantu untuk menyedut segala bau masakan.

Bagi mereka yang tidak memiliki, bagaimana pula cara untuk nyahbau dapur ini? Berikut ada petua berkesan yang anda boleh lakukan.

Masukkan satu botol cuka putih ke dalam seperiuk air dan rebuslah selama beberapa minit hingga benar-benar mendidih.

Hasilnya, wap air cuka itu secara tidak langsung dapat menghilangkan bau hamis pada dapur dan memberikan udara yang lebih segar. 

No comments: